mereka..

tinggalkan alamat anda.

Sunday 25 December 2011

:: senyum..

Salam.

semalam
bersama-sama gazi, zul, naim, kb dan kerol
ke ceramah ustaz azhar idrus
di masjid bandar baru uda.
sangat menarik
ceramah yang disampaikan dan memberi banyak input kepada 
yang hadir.
alhamdulillah.

"salam, dengar cerita makcik ada anak gadis yang cantik, dan saya ingin meminang anak makcik"
"anak makcik dah berpunya.. tapi makcik janda",
serpihan daripada ceramah ustaz azhar.
haha.
:D

aku sangat seronok mendengar ceramah ustaz
kerana diselitkan dengan cerita-cerita yang
kelakar.
lansung tidak mengantuk.

dan
di sini aku bukannya ingin menceritakan lebih lanjut tentang
ceramah ustaz azhar idrus
tetapi tentang aku.


senyum.
 (gambar kedua di hospital)


sambungan kepada entry sebelum ini:

pada hari khamis lepas,
aku ke hospital sultanah aminah kerana ada appointment
dengan doktor pakar.

aku sebenarnya telah mengikuti beberapa sesi pemeriksaan dengan
doktor pakar sebelum ini sejak daripada awal tahun lagi.
dan aku dipanggil pada khamis lepas untuk diberitahu
keputusan pemeriksaan
dan disuruh untuk membawa waris.
sebab itulah kakpini datang bersamaku.

apa yang hendak diceritakan olehku
sebelum ini adalah rahsia.
mungkin kerana aku tidak suka menceritakan tentang masalahku kepada
orang lain.

"adakah awak bersetuju untuk menjalani pembedahan ini?"
"awak mahu membuat pembedahan di sini atau di ijn?"
"apa lagi yang awak mahu bertanya tentang pembedahan ini?"
tanya doktor pakar kepadaku.

aku hanya tersenyum.
:]
dalam hati berdebar-debar.
haha

doktor memarahiku kerana tidak menjalani pembedahan pada peringkat awal.
ini kerana jantungku telah membengkak dan injap jantungku mungkin
sudah mengalami kerosakan.
untuk pengetahuan, aku menghidap penyakit atrial septal defect.

dan masalah ini akan menimbulkan sedikit risiko semasa pembedahan
di samping risiko-risiko di bawah:

  • mengalami kesan sampingan pada buah pinggang
  • terkena jangkitan kuman
  • mengalami pendarahan
  • kematian


erkk.
nauzubillah.
berdebar-debar semasa mendengar penjelasan doktor pakar kardiologi tersebut.
senyum.
:]

mungkin ramai kawanku yang pelik dan hairan
kenapa aku jarang bermain bola sepak padang dan hanya selalu bermain futsal.
apabila bermain bola sepak padang
aku hanya boleh berlari tanpa henti selama 5 minit atau kurang.
selepas itu aku akan tercungap-cungap dan mengalami sakit pada bahagian
dada.
terasa jantungku dicucuk jarum.

dan aku akan menjalani
pembedahan pada 16hb januari 2012.
aku akan selesai peperiksaan akhir semester 7 pada 9hb januari.
dan aku mungkin tidak balik ke kampung selepas selesai
menjawab peperiksaan tersebut.
senyum.
:]

doakan keselamatan dan kesejahteraanku.
semoga dipermudahkan segala urusan.
amin.




wassalam.

Friday 23 December 2011

:: lega..

Salam.



dengan kakpini (ibu mengandung) :]


pergh.
tersenyum lebar
nampaknya beliau.
haha.

kenapa?

minggu azab sibuk sudah berlalu.
test manufacturing system baru sahaja selesai pagi tadi.
alhamdulillah boleh dijawab dengan tenang walaupun hanya sempat study selama
beberapa jam pada malam tadi kerana
semalam ada test component design yang soalannya sangat mencabar!
fuh, tak cukup nafas panjang sangat ayat ini

tapi
(ni yang tak best ada tapi neh)
masih ada kerja yang masih menanti:

  • projek component design
  • test tooling
  • draft psm dan slide!

wuah.
:o

sekejap,
apa yang beliau buat di hospital dengan
kakpini?

ingin tahu?
nantikan sambungannya pada entry seterusnya..
berdebar-debar
haha.
:]




wassalam

Wednesday 21 December 2011

:: berjaga..

Salam.


jam menunjukkan pukul
3.12 pagi.

eh,
kenapa beliau masih tidak tidur?


patut lah pun.
menyiapkan kerja tooling beliau.
wah, sangat rajin!
puji diri sendiri la pulak


antara kerja yang perlu disiapkan:



mampu disiapkan dalam satu malam sahaja!
menakjubkan!

yola tuh.
sakit pinggang eden monyiapkan bendo ini.

dan ini adalah rupa beliau ketika hampir menyiapkan kerja tersebut:
(demam, nerd dan gembira lesu)


terbaik bro!
wassalam.
:]

Monday 19 December 2011

:: demam..

Salam.

pada saat-saat genting
dan tiba-tiba anda 
demam.
macam mana itu?

sumber

ini terjadi kepadaku.
hari ini.
moga dapat pulih seperti biasa.
amin.



p/s:malam ni ada ujian DFA.wah..

Sunday 18 December 2011

:: rahsia keajaiban air zam-zam..

Salam.










Tidak banyak yang tahu bagaimana caranya telaga air zam-zam boleh mengeluarkan puluhan juta liter pada satu musim haji, tanpa pernah kering satu kali pun.




Seorang pengkaji pernah diperintahkan raja Faisal menyelidiki telaga air zam-zam untuk menjawab tuduhan kotor seorang doktor dari Mesir.


Berapa Juta Liter air zamzam?


Berapa banyak air zam-zam yang di ambil setiap musim haji? Mari kita kira secara sederhana. Jamaah haji yang datang dari seluruh pelusok dunia pada setiap musim haji dewasa ini berjumlah kira-kira dua juta orang.
Semua jemaah diberi 5 liter air zam-zam ketika pulang ke tanah airnya. Kalau 2 juta orang membawa pulang masing-masing 5 liter zam-zam ke negaranya, itu sahaja sudah 10 juta liter.
Disamping itu sepanjang di Mekah, jika kebanyakan jamaah tinggal 25 hari, dan setiap orang menghabiskan 1 liter sehari, maka jumlahnya sudah 50 juta liter !!.


Keanehan air Zamzam


Pada tahun 1971, seorang doktor dari negeri Mesir mengatakan kepada akhbar di Eropah bahawa air Zamzam itu tidak sihat untuk diminum.
Perkiraannya didasarkan bahawa kota Mekah itu ada di bawah garis permukaan laut. Air Zamzam itu berasal dari air sisa buangan penduduk kota Mekah yang meresap, kemudian mendap terbawa bersama-sama air hujan dan keluar dari telaga air Zamzam. Masya Allah.
Berita ini sampai ke telinga Raja Faisal yang kemudian memerintahkan Menteri Pertanian dan Sumber Air untuk menyelidiki masalah ini, dan mengirimkan sampel air Zamzam ke Laboratorium-laboratorium di Eropah untuk diuji.

Tariq Hussain, jurutera kimia yang bekerja di Institut Pemurnian Air Laut untuk diminum, di Jedah, mendapat tugas menyelidikinya.
Pada masa memulai tugasnya, Tariq belum ada gambaran, bagaimana telaga air Zam Zam boleh menyimpan air yang begitu banyak seperti tidak ada hadnya.
Ketika sampai di dalam sumur, Tariq amat terkejut ketika menyaksikan bahawa ukuran “kolam” telaga itu hanya 18 x 14 feet saja (Kira-kira 5 x 4 meter).
Tidak terbayang, bagaimana caranya telaga sekecil ini boleh mengeluarkan jutaan galen air setiap musim hajinya. Dan itu berlaku sejak ribuan tahun yang lalu, sejak zaman Nabi Ibrahim AS.

Penyelidikan menunjukkan, mata air zamzam boleh mengeluarkan air sebanyak 11-18 liter air persaat. Dengan demikian, setiap minit akan dihasilkan 660 liter air. Itulah yang mengejutkan.
Tariq mulai mengukur kedalaman air telaga. Dia minta pembantunya masuk ke dalam air. Ternyata air telaga itu hanya mencapai sedikit di atas bahu pembantunya yang tinggi tubuhnya 5 feet 8 inci.
Lalu dia menyuruh pembantunya untuk memeriksa, apakah mungkin ada cerukan atau saluran paip di dalamnya. Setelah memeriksa dari satu tempat ke tempat lainnya, ternyata tak ditemukan apapun!.
Dia berfikir, mungkin sahaja air telaga ini diambil dari luar melalui saluran pam berkapisiti besar. Bila seperti itu kejadiannya, maka dia boleh melihat turun-naiknya permukaan air secara tiba-tiba.

Tetapi dugaan ini pun tidak terbukti. Tidak ditemui gerakan air yang mencurigakan, juga tidak ditemuiada alat yang boleh mendatangkan air dalam jumlah besar.
Seterusnya, dia minta pembantunya masuk lagi ke dalam telaga. Lalu menyuruh berdiri, dan diam ditempat sambil mengamati sekelilingnya.

Perhatikan dengan sangat cermat, dan laporkan apa yang terjadi, sekecil apapun. Setelah melakukan proses ini dengan cermat, pembantunya tiba-tiba mengangkat kedua tangannya sambil berteriak:
“Alhamdulillah, Saya temuinya ! Pasir halus menari-nari di bawah telapak kakiku. Dan air itu keluar dari dasar telaga”.
Lalu pembantunya diminta berpusing mengelilingi telaga ketika tiba masa pengepaman air (untuk dialirkan ke tempat pendistribusian air) berlaku. Dia merasakan bahawa air yang keluar dari dasar telaga sama besarnya seperti sebelum tempoh pengepaman.

Aliran air yang keluar, besarnya sama di setiap titik, di semua kawasan. Ini menyebabkan permukaan telaga itu relatif stabil, tidak ada goncangan yang besar.
Mengandungi zat Anti Kuman
Hasil penyelidikansampel air di Eropah dan Arab Saudi menunjukkan bahawa air Zam zam mengandungi zat fluorida yang ada daya efektif membunuh kuman, sama seperti sudah mengandungi ubat.
Lalu perbezaan air Zam zam dibandingkan dengan air telaga lain di Mekah dan sekitar Arab adalah dalam hal kuantiti kalsium dan garam magnesium.

Kandungan kedua mineral itu sedikit lebih banyak pada air zamzam. Itu mungkin sebabnya air zamzam memberi kesan menyegarkan bagi jamaah yang keletihan.
Keistimewaan lain, komposisi dan rasa kandungan garamnya sentiasa stabil, sentiasa sama dari sejak terbentuknya telaga ini. “Rasanya” selalu terjaga, diakui oleh semua jemaah haji dan umrah yang selalu datang tiap tahun.

Boleh Menyembuhkan Penyakit
Nabi saw menjelaskan: ”Sesungguhnya, air Zam zam ini air yang sangat diberkahi, ia adalah makanan yang mengandung gizi”.
Nabi saw menambahkan: “Air zamzam bermanfaat untuk apa saja yang diniatkan ketika meminumnya. Jika engkau minum dengan maksud agar sembuh dari penyakitmu, maka Allah menyembuhkannya. Jika engkau minum dengan maksud supaya merasa kenyang, maka Allah mengenyangkan engkau. Jika engkau meminumnya agar hilang rasa hausmu, maka Allah akan menghilangkan dahagamu itu. Ia adalah air tekanan tumit Jibril, minuman dari Allah untuk Ismail”. (HR Daruqutni, Ahmad, Ibnu Majah, dari Ibnu Abbas).

Rasulullah saw pernah mengambil air zamzam dalam sebuah kendi dan tempat air dari kulit, kemudian membawanya kembali ke Madinah. Air zamzam itu digunakan Rasulullah saw untuk memercikkan kepada orang sakit dan kemudian disuruh meminumnya.

Dalam penyelidikan ilmiah yang dilakukan di laboratorium Eropah, terbukti bahawa air zamzam memang lain. Kandungan airnya berbeza dengan telaga-telaga yang ada di sekitar Makah.

1. Kadar Kalsium dan garam Magnesiumnya lebih tinggi dibanding telaga lainnya, berkhasiat untuk menghilangkan rasa haus dan kesan penyembuhan.

2. Air Zam zam juga mengandungi zat fluorida yang berkhasiat memusnahkan kuman-kuman yang terdapat dalam kandungan airnya.

3. Yang juga menakjubkan adalah, tidak ada sedikit pun lumut di telaga ini. Air Zam zam sentiasa bebas dari kontaminasi kuman.

4. Anehnya lagi, pada masa semua telaga air di sekitar Mekah dalam keadaan kering, telaga air zam zam tetap berair. Dan air zam zam memang tidak pernah kering sepanjang zaman.
Beberapa ulama fiqah merncadangkan agar jamaah haji membawa air zamzam ketika pulang ke negaranya sebab air zamzam itu boleh sebagai ubat untuk suatu penyembuhan.
Ini terbukti, banyak jamaah dari negara umat Islam mahupun negara lain yang pernah merasakan keajaiban air zamzam.







sumber: http://gempaknya.blogspot.com/2011/12/rahsia-keajaipan-air-zam-zam.html

:: berfutsal..

Salam.



aku: weh, angpa suma tengok pa tu??
gazi dan pidot: wey..kami duk tengok depa men futsal.tuh ha..
aku: mana?mana?
ghazi: tuh ha..





ha.
ini gambar kami masa main futsal untuk 
karnival sukan kolej 17
pada pagi tadi.

walaupun bertimbun-timbun kerja yang ada,
aku tetap tenang.
haha.
pasukan kami kalah di separuh akhir dan 
mendapat tempat ke-4.
ok ape?

*aku ada la sumbat gol sebijik*
*wink-wink*
haha.
jambu batu siot..
:}

dan perlawanan tadi tergendala akibat hujan
dan
dicemari dengan aksi-aksi kasar oleh para pemain.

"woi, nak main futsal ke nak main bola padang bro!", aku memarahi seorang
pemain lawan kerana mengasariku.
pergh.
garang jugak aku nih.
haha.
:D

sori bro.
gua ter'emo' sikit tadi.

ape pun tahniah kepada semua yang menjayakan karnival ini.
sekian, terima kasih.
dah macam penganjur pulak aku neh.


wassalam.

Saturday 17 December 2011

:: minggu yang amat 'menyibukkan'..

Salam.


aku
tidak sanggup untuk menatap
whiteboard itu lagi.
manakan tidak,
pelbagai kerja, projek dan ujian tercatat di situ.





nafas ini lemas dan sesak.
memikirkan semua itu.

bantulah aku yang lemah tidak berdaya ini.
hehe.

namun
dalam kesibukan ini
aku sempat menyelinap keluar daripada
kesibukan
pelajaran dengan menyertai pertandingan futsal
yang dianjurkan oleh kolejku tersayang; kolej 17
pada pagi esok.

perghh.
is it awsome, rite?
:]
haha.


itu
sahaja.
wassalam.

:: sembang rakyat yang sebenar..

Salam..

refleks
kepada entry sebelum ini
yang memaparkan tentang video oleh pihak yang tidak
bertanggungjawab menghina
hukum hudud Allah,
terdapat pihak yang bertanggungjawab
muncul menegakkan kebenaran dan menjelaskan perihal sebenar tentang
hukum hudud kepada umum.

sesungguhnya jasa mereka ini amatlah dihargai.
terbaik bro!
mereka ini terdiri daripada orang-orang alim iaitu berilmu:
ustaz dan penceramah bebas.
dan juga bekas pelakon iaitu bob lokman
dan juga vlogger terkenal, matlutfi.


jom tengok!




"mencuri gitar adalah haram..
curi hati takpe~  :) ", matlutfi.
haha.
:]




wassalam.

Friday 16 December 2011

:: sembang rakyat..

Salam.


sekarang
sudah kecoh tentang video oleh pihak
yang tidak bertanggugjawab menghina hukum hudud Allah.

*entry kali ini lansung tiada kaitan dengan politik*

demi menegakkan benang yang basah
serta hanya memikirkan kepentingan
politik
mereka dengan lantang menggunakan kepala lutut nafsu
untuk mengeluarkan kata-kata yang
menyebabkan ramai umat islam 
kecewa dan terkilan.

"kalau guna hukum hudud pun, tak jadi apanya.."
"lagi teruk jadinya.."

astaghfirrulllahalazim..

apakah ini kata-kata yang berasaskan akal yang waras
dan
akidah sebagai seorang islam?
renungkanlah.

sekiranya anda belum melihat video ini,
sila klik.



dan aku sempat melihat satu lagi video yang lebih kurang sama.
amat menyedihkan apabila mereka ini mengejek ulama dengan memanggilnya
sebagai al-juburi.
apakah?

janganlah mempermainkan agama demi kepentingan politik 'anda'!
insaflah..









:: apabila jejaka "jambu" bergambar..


haha.
:D







adakah aku bergaya seperti di atas apabila bergambar?
tidak.
tidak sama sekali atau dua kali atau tiga kali.
haha.
:]

:: jauh perjalanan luas pandangan..

Salam.


boleh
dikatakan setiap malam
aku akan ke kolej rakanku yang jauhnya berbatu-batu
dari kolejku.
tujuanku hanya satu:
belajar.
bermain.
berborak.
 beradu (tidur)


berbatu-batu?
adakah ianya betul?
atau sekadar cerita dongeng yang diperdengarkan
oleh si penglipur lara.

jawapannya ye.
kolejku iaitu kolej 17 berada di hujung
dunia utm
manakala kolej rakanku iaitu kolej tuanku canselor
berada di hujung sebelah sana.

masih ragu-ragu?
ingin tahu apakah buktinya?




ini dia buktinya:


cuba perhatikan garisan merah itu.
itulah jalan yang dilaluiku setiap malam.
adakah ia sememangnya berbatu-batu?
haha.



kebiasaannya
aku akan balik ke kolejku pada
pukul 1-2 pagi.
dan
situasinya agak menyeramkan kerana
rata-rata penduduk utm sudahpun tidur.
jalan sunyi.
gelap.
menakutkan.
haha.

aku pernah terserempak dengan satu
lemabaga putih yang amat menakutkan di bangunan baru fakulti eletrik.
apabila diperhatikan secara lebih terperinci
rupa-rupanya ia hanyalah sehelai kain
putih yang digantung di
sebatang kayu.

mak aiii..
seram sesaat.
haha.


kesimpulannya;
hiasi diri dengan doa dan zikir.
moga-moga dijauhi daripada gangguan syaitan.
:]

Thursday 15 December 2011

:: jangan berputus asa..


Salam.







teruskan berusaha menyiapkan semua kerja
sambil bermain internet!

:D




:: sibuk..

Salam.


wah!
minggu ini merupakan
antara minggu-minggu yang amat
menyeksakan memenatkan selaku seorang 
mahasiswa.

manakan tidak
bertimbun-timbun assignment yang perlu
dihantar serentak dan projek pula
menantiku untuk disiapkan.
PSM pula bagaimana?
apakah??




sumber




apakah ini disebabkan kerja
pada minit terakhir?
ok.
kita dengar pendapat salah seorang yang
merupakan seorang jurutera terkenal
di mata dunia.












:]
is he right?
absolutely!
haha.

Tuesday 13 December 2011

:: berbuka puasa..

Salam.


seperti biasa 
menu berbuka kita pada hari ini adalah 
telur mata kerbau.
hehe.
:]

sumber

:: sakit..

salam..


sakitnya hati ini tidak terkira.
entah mengapa.
hanya Tuhan sahaja yang tahu.

ya Allah
bantulah hamba-Mu ini.
jauhilah daripada penyakit hati ini.
amin.

sumber

Monday 12 December 2011

:: janganlah kamo selalu marah..

Salam..


Dan segeralah kamu kepada (mengerjakan amal-amal yang baik untuk mendapat) keampunan
dari Tuhan kamu, dan (mendapat) Syurga yang bidangnya seluas segala langit dan bumi,
yang disediakan bagi orang-orang yang bertaqwa;

Iaitu orang-orang yang mendermakan hartanya pada masa senang dan susah, dan orang-orang 
yang menahan kemarahannya, dan orang-orang yang memaafkan kesalahan orang lain.
Dan (ingatlah), Allah mengasihi orang-orang yang berbuat perkara kebaikan.


 Ali-Imran 3:133-134


sumber
     

:: ketidakter'urusan diri..

Salam.


sejak
kebelakangan ini
aku mengamalkan diet epal yang sihat.
iaitu berpuasa.

ini disebabkan oleh masalah kegawatan ekonomi
yang memang sudah lali di dalam diri
mana-mana 
mahasiswa pada penghujung semester.
haha.

badanku yang sedia ada kurus telah menjadi semakin
kurus.
kalau buat sup tulang pon tak lepas kot.
haha.

ramai juga kawanku yang turut berpuasa sama.
dan
apabila berpuasa, masa makan kami
digunakan untuk membuat PSM ataupun assignment.
terbaik!

sumber

walaupun berpuasa
aku tetap bermain futsal.
tidak boleh dipisahkan bagai isi dengan kuku.
haha.

dan rambutku semakin melebat.
bilakah ianya hendak
dipotong?
mungkin selepas dimarahi oleh pensyarah?
atau
selepas disaman oleh pak guard?

dan 
bilakah draft PSMku ini hendak disiapkan?

ia menjadi kerisauan 
yang semakin menggunung di dalam dada
hari demi hari.
:]

aku: bila lah ko nak siap ni wahai encik psm?
psm: eh, ada pulak tanya aku. ko sendiri yang menentukan aku!
jadi, bekerjalah!

haha.
:D

wassalam.

Sunday 11 December 2011

:: bola dan bola..

Salam.


semalam
aku ada menyertai tournament futsal dan
kami hanya layak ke separuh akhir.
haha.
sangat berbaloi kerana kedua belah buku lima lali kakiku
cedera
lantaran dikasari oleh pemain lawan yang jahat!
asyik nak sepak kaki aku je. haih. 

nampak gaya macam pergi mengurutlah aku pada 
malam ini dengan pak kholid si tukang urut power itu.
hehe.

malam tadi aku melihat game arsenal.
berdepan dengan
everton 
tampak tidak mudah kerana penjaga golnya
iaitu Tim Howard begitu cemerlang menyelamatkan pintu golnya.
hampir keciwa aku dibuatnya.


namun..
robin van adham persie menyelamatkan
keadaan di mana rembatan separuh volleynya tepat menuju
ke tiang sebelah kanan everton.
dan gol...!!
eh, dah macam pengulas sukan pulak.
hehe.


arsenal in my heart.

itu sahaja.
ringkas, tepat dan padat.
:)

Saturday 10 December 2011

:: kepenatan..

Salam.

sejak
kebelakangan ini
selalu sahaja mengalami kesibukan tahap tertinggi.
ujian, projek, assignment, PSM dan futsal.




berasa sedikit lapang selepas selesai ujian manufacturing system
pada pagi semalam.
alhamdulillah.

pada
malam tadi aku tidur sangat awal setelah sekian
lama tidak merasai nikmat tidur.
hehe.
sangat segar.

dan 
semasa aku berbloging tadi,
aku terjumpa blog ini. sangat menarik.
"menanam benih untuk akhirat, maka bekerjalah"
dan background musicnya sangat menusuk kalbu.
:)

itu sahaja pengisian subuh pada kali ini.
pada pukul 8 pagi nanti
akan bergegas ke court futsal K9 untuk tournament futsal.
jom!


Tuesday 29 November 2011

:: pesanan Syeikh Ahmad Yassin untuk kalian..

Salam.




SYEIKH AHMAD YASSIN 1937-2004

Wahai anak-anakku,
telah tiba saatnya kalian kembali kepada ALLAH swt dengan meninggalkan pelbagai keseronokan dan kealpaan kehidupan dan menyingkirkannya jauh… daripada kehidupan kalian. Telah tiba saatnya kalian bangun dan melakukan solat subuh secara berjemaah. Sudah sampai saatnya untuk kalian menghiasi diri dengan akhlak yang murni, mengamalkan kandungan al-Quran serta mencontohi kehidupan Nabi Muhammad saw.

Aku menyeru kalian wahai anak-anakku 
untuk solat tepat pada waktunya. Lebih dari itu, aku mengajak kalian wahai anak-anakku, untuk mendekat diri kepada sunnah Nabi kalian yang agung.

Wahai para pemuda, 
aku ingin kalian menyedari dan menghayati makna tanggung jawab. Kalian harus tegar menghadapi kesulitan hidup dengan meninggalkan keluh kesah. Aku menyeru kalian untuk menghadap ALLAH SWT dan memohon keampunan dari-Nya agar Dia memberi rezeki yang berkat kepada kalian. Aku menyeru kalian supaya menghormati orang yang lebih tua dan menyayangi orang yang lebih muda.

Aku ingin kalian
 tidak tertidur oleh alunan-alunan muzik yang melalaikan, melupakan kata-kata yang menyebutkan cinta kepada manusia dan dunia serta menggantikannya dengan kata amal, kerja dan zikir kepada ALLAH. Wahai anak-anakku, aku amat berharap kalian tidak sibuk dengan muzik dan tidak terjerumus ke dalam arus syahwat.


Wahai puteriku, 
aku ingin kalian berjanji kepada ALLAH akan mengenakan hijab secara jujur dan betul. Aku meminta kalian berjanji kepada ALLAH bahawa kalian akan mengambil peduli tentang agama dan Nabi kalian yang mulia. Jadikanlah ibunda kalian, Khadijah dan Aisyah, sebagai teladan. Jadikan mereka sebagai pelita hidup kalian. Haram hukumnya bagi kalian untuk melakukan sesuatu yang boleh menarik perhatian pemuda supaya mendekati kalian.

Kepada semua, 
aku ingin kalian bersiap sedia untuk menghadapi segala sesuatu yang akan datang. Bersiaplah dengan agama dan ilmu pengetahuan. Bersiaplah untuk belajar dan mencari hikmah. Belajarlah bagaimana hidup dalam kegelapan yang pekat. Latihlah diri kalian agar dapat hidup tanpa elektrik dan peralatan elektronik. Latihlah diri kalian untuk sementara waktu merasakan kehidupan yang sukar.

Biasakan diri kalian agar dapat melindungi diri dan membuat perancangan untuk masa depan. Berpeganglah kepada agama kalian. carilah sebab-sebabnya dan tawakal kepada ALLAH.

Moga Allah menempatkan beliau dalam kalangan orang2 yang soleh. Al Fatihah

Sunday 27 November 2011

:: Berdoa..

Salam.


doa
adalah sesuatu perkataan yang membawa erti
permohonan, permintaan, seruan, rayuan, pujian dan sebagainya.

selaku insan yang lemah di sisi Allah,
tentulah kita kena berdoa kepada-Nya dan mintalah apa sahaja yang patut dan perlu.

bahkan
Allah memang suka dan menggalakkan setiap hamba-Nya berdoa
kepada-Nya.
sebaliknya Allah tidak menyukai hamba-Nya yang sombong dan
malas berdoa
atau
merasakan dirinya sudah memiliki segala-galanya
lalu
merasa dirinya tidak perlu lagi berdoa!


firman Allah (maksudnya):

"berdoalah kamu kepada-Ku nescaya Aku perkenankan doa atau permohonan
kamu itu. sesungguhnya orang yang sombong takabur (enggan) beribadat kepada-Ku,
dua akan masuk neraka jahanam dalam keadaan hina." 
(surah al-Mukmin : 60)             

:)


dipetik daripada buku Aneka Doa, Solat Sunat & Fadhilat al-Quran (Lotfi Ismail).

Saturday 26 November 2011

:: terima kasih 'pencuri'.. :)

Salam.


di
dalam post sebelum ini,
aku ada menceritakan perihal kasutku di'curi'.
 inilah wajah baru kasutku selepas di'curi';


terbaikk!
:)

sebelum ini
kalau aku main pon tiadalah kotorannya macam ini ponnya.
haih.
berbelit lidah.

apapun
terima kasih si pencuri.
:)

dengan stokin-stokin aku pon dia guna.
memang pelik-pelik sungguh orang zaman sekarang.

pesanan untuk si pencuri:
lain kali kalau nak 'curi' lagi
guna kasut ini elok-elok dan jangan pijak lopak air dan lumpur.
kalau kotor, basuh sebersih-bersihnya ye!
hehe.
:)



wassalam.


:: kecurian sementara kasut bola..

Salam.

eh
apakah yang dimaksudkan dengan
kecurian sementara?

sebelum itu,
mari kita hayati dahulu dialog di bawah;



di court futsal. kira-kira 6.05 petang.

aku: gi, ang ada nampak nampak kasut bola aku tak?
ghazi: tak da pon. ang ada tinggai kat mana-mana ka? mana la tau ang
 tinggal kat padang masa lepaih kita main bola aghitu..
aku: entahla.. (berdebar-debar)

di court futsal. kira-kira 6.45 petang
aku: betoi ka ang tak nampak? kat mana eh? (bertambah-tambah perasaan berdebar-debar)
ghazi: aku tak nampak la. rasa-rasa ang ada bawak balik lepaih maen aritu.

di hostel. pukul 7.00 malam.
aku : gi, camna neh? abih la aku. nanti nak main friendly macam mana neh? dah la sekarang tengah pokai..
tak da duit nak beli.  (berdebar-debar kuasa tiga belas)
ghazi: kalu ada orang curi tu, harap-harap dia letak balik la kasut ang tuh. jangan duk bimbang aih..



berdasarkan dialog di atas, dapat kita simpulkan bahawa si pemilik blog ini telah kehilangan kasut bola
dan nampaknya kasut itu amat berharga kepadanya.
hal ini menyebabkan dia mengalami sindrom takdudukdiammacamkucingnakberanak.

kasut beliau yang telah dicuri sementara waktu:


dan pada pukul 7.10 malam, beliau telah menemui semula kasut tersebut di atas tangga
semasa misi mencari dan menyelamat kasut bola itu.
sungguh baik hati si pencuri durjana itu kerana
memulangkan semula kasut
beliau.
walaupun dalam keadaan yang sangat-sangat-sangat kotor.
terima kasih encik pencuri yang baik hati.
:)


p/s: bersabar dan terus bersabar. pasti ada manis di sebaliknya.

Friday 25 November 2011

:: kelebihan hari jumaat..

Salam.

masjid02

Pengenalan
Begitu besarnya hikmah hari Jumaat atau dalam bahasa Arabnya “Jumu’ah” yang berasal daripada perkataan “jama’a”, bermakna ‘berkumpul’. Berkumpul yang dimaksudkan di sini ialah menunaikan solat dan mendapatkan ilmu (melalui khutbah) dengan ‘duduk sama rendah berdiri sama tinggi’ bersama-sama jemaah lain tanpa mengira warna kulit atau pangkat, kekayaan, dan keupayaan. Pada waktu inilah nilai manusia itu sama, yang membezakannya hanyalah iman dan takwa terbit tanpa disedari. Oleh hal yang demikian itu, hari Jumaat dikatakan hari untuk umat Islam berkumpul, memanjatkan doa serta membuat pelbagai amal kebajikan untuk mendapat keredhaan dan rahmat daripada Allah S.A.W.


Penghulu Segala Hari
Banyak hadis menerangkan kelebihan hari Jumaat, misalnya hadis Rasulullah S.A.W yang diriwayatkan Abu Hurairah berkenaan penghulu hari, bermaksud: “Jumaat dinamakan sebagai `Sayyidul Aiyam’ iaitu penghulu segala hari (hari yang sebaik hari).” Katanya Rasulullah SAW bersabda: Kita (umat Muhammad) adalah yang terakhir (datang ke dunia) tetapi yang terdahulu (diadili) pada hari kiamat. Kita adalah yang paling dahulu masuk syurga, padahal mereka diberi kitab lebih dahulu daripada kita sedangkan kita sesudah mereka. Kita diberikan petunjuk oleh Allah akan kebenaran yang mereka perselisihkan itu yang Allah telah tunjukkan kepada kita iaitu Hari Jumaat. Maka hari ini (Jumaat) adalah untuk kita. Besok (Sabtu) untuk kaum Yahudi dan lusa (Ahad) untuk kaum Nasrani.
Kelebihan Hari Jumaat
Jumaat dikhabarkan sebagai hari yang istimewa dan mulia. Pada hari Jumaat berlakunya lima peristiwa yang penting, iaitu
1)  Allah ciptakan Adam ,
2)  Allah turunkan Nabi Adam  ke bumi,
3) Allah mematikan Nabi Adam,
4)  Pada hari itu juga ada satu saat yang tidak ada seorang hamba pun yang memohon sesuatu, kecuali Allah akan perkenankan permohonannya, selagi ia tidak meminta sesuatu yang haram.
5)  Pada hari itu juga akan terjadinya hari kiamat. Tidak ada satu malaikat pun, sekalipun yang amat dekat kedudukannya di sisi Allah, langit, bumi, angin, gunung, juga lautan, melainkan kesemuanya memohon belas kasihan pada hari tersebut.
( Riwayat Hadis Muslim)
Dalam hadis lain, Rasulullah S.A.W bersabda yang bermaksud: “Hari yang dijanjikan ialah hari kiamat, hari yang disaksikan ialah hari Arafah dan hari yang menyaksikan ialah hari Jumaat. Matahari tidak terbit dan tidak terbenam pada mana-mana hari yang lebih mulia dan afdal daripada hari Jumaat.” (Hadis riwayat Tirmidzi).
Kelebihan Solat Jumaat

Solat Jumaat dua rakaat yang difardukan ke atas umat Islam membuktikan hari itu semulia hari yang perlu diambil manfaat untuk mendapatkan ganjaran ALLAH daripada setiap amal ibadat yang dilaksanakan.
Selain itu, hari Jumaat juga merupakan satu hari yang cukup mustajab dan istimewa untuk kita semua berdoa meminta pertolongan, nur dan hidayah daripada Yang Maha Esa.
Rasulullah bersabda: “Sesiapa hadir solat Jumaat pada saat pertama, dia umpama berkorban seekor unta. Sesiapa hadir solat Jumaat pada saat kedua, dia seperti berkorban seekor lembu. Sesiapa yang menghadiri solat Jumaat pada saat yang ketiga, dia seperti berkorban seekor kibas. Sesiapa hadir solat Jumaat pada saat keempat, dia seperti memberi hadiah seekor ibu ayam dan sesiapa hadir solat pada saat kelima, dia seolah-olah memberi hadiah sebiji telur.”
Apabila imam naik ke mimbar, malaikat menutup buku catatannya dan ikut mendengar khutbah. Justeru, sesiapa yang datang untuk solat selepas itu seolah-olah dia hanya datang untuk solat semata-mata, tidak direkodkan di dalam buku kehadiran malaikat.
Malaikat Turun ke Bumi
Setiap hari Jumaat, Allah S.A.W  mengutuskan  malaikat ke bumi, mencatat nama mereka yang ke masjid. Malaikat-malaikat akan ke langit menyembahkan apa yang dicatatnya. Allah S.W.T mengampunkan dosa-dosa mereka yang datang ke masjid.
Pada hari Jumaat juga, Allah S.W.T mengutus malaikat ke muka bumi. Di tangan mereka kalam-kalam emas, juga kertas-kertas daripada perak, berdiri di pintu-pintu masjid, mencatat nama mereka yang masuk masjid, dan mendirikan sembahyang Jumaat. Apabila telah sempurna sembahyang, mereka kembali ke langit lalu berkata: “Wahai Tuhan kami, kami telah catatkan nama mereka yang masuk masjid dan menunaikan Jumaat.”
Allah S.W.T berfirman yang bermaksud:
“ Wahai Malaikat-Ku, demi kemuliaan dan kebesaran-Ku, sesungguhnya Aku telah ampunkan mereka, tidak berdosa sedikit pun.”
Kesimpulan
  • Melalui penerangan itu jelas sekali Jumaat bukan sebarang hari, malah begitu dimuliakan dan sewajarnya ia turut dimuliakan umat Islam.
  • Apabila imam naik ke mimbar, malaikat menutup buku catatannya dan ikut mendengar khutbah. Justeru, sesiapa yang datang untuk solat selepas itu seolah-olah dia hanya datang untuk solat semata-mata, tidak direkodkan di dalam buku kehadiran malaikat.
  • Melalui penerangan itu jelas sekali Jumaat bukan sebarang hari, malah begitu dimuliakan dan sewajarnya ia turut dimuliakan umat Islam.
Sumber:  Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (YAKIM)
Yayasan Dakwah Islam Malaysia (YADIM)

:: well done lads..


source
FT
ARSENAL 2-1 BORRUSIA DORTMUND
RVP 2 GOAL

ARSENAL GRAB AUTOMATIC NUMBER 1 IN GROUPSTAGE AFTER OLYMPIACOS WIN OVER MARSEILLE
ARSENAL QUALIFY FOR KNOCKOUT STAGE

Wednesday 23 November 2011

:: wednesday warmth..




got no idea about it.
haha.


p/s: still in dizziness..somebody please help me!

:: kepeningan..

Salam.

sakit tidak terkira.


tadi kepalaku terhantuk lagi.
terkena bucu besi.
hampir mengenai bahagian tengkorak yang dibedah.

untuk pengetahuan, tulang tengkorakku tidak bercantum selepas dibuka.
itulah yang dikatakan oleh doktor pakar neurosurgeri.
kerana hanya tengkorak budak-budak sahaja yang mengalami pencantuman
selepas pembedahan tengkorak kerana mereka masih dalam proses pertumbuhan.
fuh..
:)

kalau dirasa dengan jari,
memang
kepalaku sudah tidak rata.
hehe.
orang kurang upaya atau O.K.U.
apapun aku bersyukur ke hadrat Illahi kerana masih diberi peluang untuk hidup sampai 
ke hari ini dan rasa sakit kepala sudah hilang.
alhamdulillah..

oh, berbalik kepada kepada cerita asal,
mujurlah bucu besi itu tidak mengenai bahagian tengkorak yang dibuka.
alhamdulillah.
namun aku masih dapat merasakan kepeningan itu.

feel a bit of dizzy until now.
can't get rid of it.
and it become worse when i'm doing my tooling project.
because the software is too intricate.

proof:

wassalam.

p/s: masih kepeningan.