mereka..

tinggalkan alamat anda.

Tuesday 29 November 2011

:: pesanan Syeikh Ahmad Yassin untuk kalian..

Salam.




SYEIKH AHMAD YASSIN 1937-2004

Wahai anak-anakku,
telah tiba saatnya kalian kembali kepada ALLAH swt dengan meninggalkan pelbagai keseronokan dan kealpaan kehidupan dan menyingkirkannya jauh… daripada kehidupan kalian. Telah tiba saatnya kalian bangun dan melakukan solat subuh secara berjemaah. Sudah sampai saatnya untuk kalian menghiasi diri dengan akhlak yang murni, mengamalkan kandungan al-Quran serta mencontohi kehidupan Nabi Muhammad saw.

Aku menyeru kalian wahai anak-anakku 
untuk solat tepat pada waktunya. Lebih dari itu, aku mengajak kalian wahai anak-anakku, untuk mendekat diri kepada sunnah Nabi kalian yang agung.

Wahai para pemuda, 
aku ingin kalian menyedari dan menghayati makna tanggung jawab. Kalian harus tegar menghadapi kesulitan hidup dengan meninggalkan keluh kesah. Aku menyeru kalian untuk menghadap ALLAH SWT dan memohon keampunan dari-Nya agar Dia memberi rezeki yang berkat kepada kalian. Aku menyeru kalian supaya menghormati orang yang lebih tua dan menyayangi orang yang lebih muda.

Aku ingin kalian
 tidak tertidur oleh alunan-alunan muzik yang melalaikan, melupakan kata-kata yang menyebutkan cinta kepada manusia dan dunia serta menggantikannya dengan kata amal, kerja dan zikir kepada ALLAH. Wahai anak-anakku, aku amat berharap kalian tidak sibuk dengan muzik dan tidak terjerumus ke dalam arus syahwat.


Wahai puteriku, 
aku ingin kalian berjanji kepada ALLAH akan mengenakan hijab secara jujur dan betul. Aku meminta kalian berjanji kepada ALLAH bahawa kalian akan mengambil peduli tentang agama dan Nabi kalian yang mulia. Jadikanlah ibunda kalian, Khadijah dan Aisyah, sebagai teladan. Jadikan mereka sebagai pelita hidup kalian. Haram hukumnya bagi kalian untuk melakukan sesuatu yang boleh menarik perhatian pemuda supaya mendekati kalian.

Kepada semua, 
aku ingin kalian bersiap sedia untuk menghadapi segala sesuatu yang akan datang. Bersiaplah dengan agama dan ilmu pengetahuan. Bersiaplah untuk belajar dan mencari hikmah. Belajarlah bagaimana hidup dalam kegelapan yang pekat. Latihlah diri kalian agar dapat hidup tanpa elektrik dan peralatan elektronik. Latihlah diri kalian untuk sementara waktu merasakan kehidupan yang sukar.

Biasakan diri kalian agar dapat melindungi diri dan membuat perancangan untuk masa depan. Berpeganglah kepada agama kalian. carilah sebab-sebabnya dan tawakal kepada ALLAH.

Moga Allah menempatkan beliau dalam kalangan orang2 yang soleh. Al Fatihah

Sunday 27 November 2011

:: Berdoa..

Salam.


doa
adalah sesuatu perkataan yang membawa erti
permohonan, permintaan, seruan, rayuan, pujian dan sebagainya.

selaku insan yang lemah di sisi Allah,
tentulah kita kena berdoa kepada-Nya dan mintalah apa sahaja yang patut dan perlu.

bahkan
Allah memang suka dan menggalakkan setiap hamba-Nya berdoa
kepada-Nya.
sebaliknya Allah tidak menyukai hamba-Nya yang sombong dan
malas berdoa
atau
merasakan dirinya sudah memiliki segala-galanya
lalu
merasa dirinya tidak perlu lagi berdoa!


firman Allah (maksudnya):

"berdoalah kamu kepada-Ku nescaya Aku perkenankan doa atau permohonan
kamu itu. sesungguhnya orang yang sombong takabur (enggan) beribadat kepada-Ku,
dua akan masuk neraka jahanam dalam keadaan hina." 
(surah al-Mukmin : 60)             

:)


dipetik daripada buku Aneka Doa, Solat Sunat & Fadhilat al-Quran (Lotfi Ismail).

Saturday 26 November 2011

:: terima kasih 'pencuri'.. :)

Salam.


di
dalam post sebelum ini,
aku ada menceritakan perihal kasutku di'curi'.
 inilah wajah baru kasutku selepas di'curi';


terbaikk!
:)

sebelum ini
kalau aku main pon tiadalah kotorannya macam ini ponnya.
haih.
berbelit lidah.

apapun
terima kasih si pencuri.
:)

dengan stokin-stokin aku pon dia guna.
memang pelik-pelik sungguh orang zaman sekarang.

pesanan untuk si pencuri:
lain kali kalau nak 'curi' lagi
guna kasut ini elok-elok dan jangan pijak lopak air dan lumpur.
kalau kotor, basuh sebersih-bersihnya ye!
hehe.
:)



wassalam.


:: kecurian sementara kasut bola..

Salam.

eh
apakah yang dimaksudkan dengan
kecurian sementara?

sebelum itu,
mari kita hayati dahulu dialog di bawah;



di court futsal. kira-kira 6.05 petang.

aku: gi, ang ada nampak nampak kasut bola aku tak?
ghazi: tak da pon. ang ada tinggai kat mana-mana ka? mana la tau ang
 tinggal kat padang masa lepaih kita main bola aghitu..
aku: entahla.. (berdebar-debar)

di court futsal. kira-kira 6.45 petang
aku: betoi ka ang tak nampak? kat mana eh? (bertambah-tambah perasaan berdebar-debar)
ghazi: aku tak nampak la. rasa-rasa ang ada bawak balik lepaih maen aritu.

di hostel. pukul 7.00 malam.
aku : gi, camna neh? abih la aku. nanti nak main friendly macam mana neh? dah la sekarang tengah pokai..
tak da duit nak beli.  (berdebar-debar kuasa tiga belas)
ghazi: kalu ada orang curi tu, harap-harap dia letak balik la kasut ang tuh. jangan duk bimbang aih..



berdasarkan dialog di atas, dapat kita simpulkan bahawa si pemilik blog ini telah kehilangan kasut bola
dan nampaknya kasut itu amat berharga kepadanya.
hal ini menyebabkan dia mengalami sindrom takdudukdiammacamkucingnakberanak.

kasut beliau yang telah dicuri sementara waktu:


dan pada pukul 7.10 malam, beliau telah menemui semula kasut tersebut di atas tangga
semasa misi mencari dan menyelamat kasut bola itu.
sungguh baik hati si pencuri durjana itu kerana
memulangkan semula kasut
beliau.
walaupun dalam keadaan yang sangat-sangat-sangat kotor.
terima kasih encik pencuri yang baik hati.
:)


p/s: bersabar dan terus bersabar. pasti ada manis di sebaliknya.

Friday 25 November 2011

:: kelebihan hari jumaat..

Salam.

masjid02

Pengenalan
Begitu besarnya hikmah hari Jumaat atau dalam bahasa Arabnya “Jumu’ah” yang berasal daripada perkataan “jama’a”, bermakna ‘berkumpul’. Berkumpul yang dimaksudkan di sini ialah menunaikan solat dan mendapatkan ilmu (melalui khutbah) dengan ‘duduk sama rendah berdiri sama tinggi’ bersama-sama jemaah lain tanpa mengira warna kulit atau pangkat, kekayaan, dan keupayaan. Pada waktu inilah nilai manusia itu sama, yang membezakannya hanyalah iman dan takwa terbit tanpa disedari. Oleh hal yang demikian itu, hari Jumaat dikatakan hari untuk umat Islam berkumpul, memanjatkan doa serta membuat pelbagai amal kebajikan untuk mendapat keredhaan dan rahmat daripada Allah S.A.W.


Penghulu Segala Hari
Banyak hadis menerangkan kelebihan hari Jumaat, misalnya hadis Rasulullah S.A.W yang diriwayatkan Abu Hurairah berkenaan penghulu hari, bermaksud: “Jumaat dinamakan sebagai `Sayyidul Aiyam’ iaitu penghulu segala hari (hari yang sebaik hari).” Katanya Rasulullah SAW bersabda: Kita (umat Muhammad) adalah yang terakhir (datang ke dunia) tetapi yang terdahulu (diadili) pada hari kiamat. Kita adalah yang paling dahulu masuk syurga, padahal mereka diberi kitab lebih dahulu daripada kita sedangkan kita sesudah mereka. Kita diberikan petunjuk oleh Allah akan kebenaran yang mereka perselisihkan itu yang Allah telah tunjukkan kepada kita iaitu Hari Jumaat. Maka hari ini (Jumaat) adalah untuk kita. Besok (Sabtu) untuk kaum Yahudi dan lusa (Ahad) untuk kaum Nasrani.
Kelebihan Hari Jumaat
Jumaat dikhabarkan sebagai hari yang istimewa dan mulia. Pada hari Jumaat berlakunya lima peristiwa yang penting, iaitu
1)  Allah ciptakan Adam ,
2)  Allah turunkan Nabi Adam  ke bumi,
3) Allah mematikan Nabi Adam,
4)  Pada hari itu juga ada satu saat yang tidak ada seorang hamba pun yang memohon sesuatu, kecuali Allah akan perkenankan permohonannya, selagi ia tidak meminta sesuatu yang haram.
5)  Pada hari itu juga akan terjadinya hari kiamat. Tidak ada satu malaikat pun, sekalipun yang amat dekat kedudukannya di sisi Allah, langit, bumi, angin, gunung, juga lautan, melainkan kesemuanya memohon belas kasihan pada hari tersebut.
( Riwayat Hadis Muslim)
Dalam hadis lain, Rasulullah S.A.W bersabda yang bermaksud: “Hari yang dijanjikan ialah hari kiamat, hari yang disaksikan ialah hari Arafah dan hari yang menyaksikan ialah hari Jumaat. Matahari tidak terbit dan tidak terbenam pada mana-mana hari yang lebih mulia dan afdal daripada hari Jumaat.” (Hadis riwayat Tirmidzi).
Kelebihan Solat Jumaat

Solat Jumaat dua rakaat yang difardukan ke atas umat Islam membuktikan hari itu semulia hari yang perlu diambil manfaat untuk mendapatkan ganjaran ALLAH daripada setiap amal ibadat yang dilaksanakan.
Selain itu, hari Jumaat juga merupakan satu hari yang cukup mustajab dan istimewa untuk kita semua berdoa meminta pertolongan, nur dan hidayah daripada Yang Maha Esa.
Rasulullah bersabda: “Sesiapa hadir solat Jumaat pada saat pertama, dia umpama berkorban seekor unta. Sesiapa hadir solat Jumaat pada saat kedua, dia seperti berkorban seekor lembu. Sesiapa yang menghadiri solat Jumaat pada saat yang ketiga, dia seperti berkorban seekor kibas. Sesiapa hadir solat Jumaat pada saat keempat, dia seperti memberi hadiah seekor ibu ayam dan sesiapa hadir solat pada saat kelima, dia seolah-olah memberi hadiah sebiji telur.”
Apabila imam naik ke mimbar, malaikat menutup buku catatannya dan ikut mendengar khutbah. Justeru, sesiapa yang datang untuk solat selepas itu seolah-olah dia hanya datang untuk solat semata-mata, tidak direkodkan di dalam buku kehadiran malaikat.
Malaikat Turun ke Bumi
Setiap hari Jumaat, Allah S.A.W  mengutuskan  malaikat ke bumi, mencatat nama mereka yang ke masjid. Malaikat-malaikat akan ke langit menyembahkan apa yang dicatatnya. Allah S.W.T mengampunkan dosa-dosa mereka yang datang ke masjid.
Pada hari Jumaat juga, Allah S.W.T mengutus malaikat ke muka bumi. Di tangan mereka kalam-kalam emas, juga kertas-kertas daripada perak, berdiri di pintu-pintu masjid, mencatat nama mereka yang masuk masjid, dan mendirikan sembahyang Jumaat. Apabila telah sempurna sembahyang, mereka kembali ke langit lalu berkata: “Wahai Tuhan kami, kami telah catatkan nama mereka yang masuk masjid dan menunaikan Jumaat.”
Allah S.W.T berfirman yang bermaksud:
“ Wahai Malaikat-Ku, demi kemuliaan dan kebesaran-Ku, sesungguhnya Aku telah ampunkan mereka, tidak berdosa sedikit pun.”
Kesimpulan
  • Melalui penerangan itu jelas sekali Jumaat bukan sebarang hari, malah begitu dimuliakan dan sewajarnya ia turut dimuliakan umat Islam.
  • Apabila imam naik ke mimbar, malaikat menutup buku catatannya dan ikut mendengar khutbah. Justeru, sesiapa yang datang untuk solat selepas itu seolah-olah dia hanya datang untuk solat semata-mata, tidak direkodkan di dalam buku kehadiran malaikat.
  • Melalui penerangan itu jelas sekali Jumaat bukan sebarang hari, malah begitu dimuliakan dan sewajarnya ia turut dimuliakan umat Islam.
Sumber:  Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (YAKIM)
Yayasan Dakwah Islam Malaysia (YADIM)

:: well done lads..


source
FT
ARSENAL 2-1 BORRUSIA DORTMUND
RVP 2 GOAL

ARSENAL GRAB AUTOMATIC NUMBER 1 IN GROUPSTAGE AFTER OLYMPIACOS WIN OVER MARSEILLE
ARSENAL QUALIFY FOR KNOCKOUT STAGE

Wednesday 23 November 2011

:: wednesday warmth..




got no idea about it.
haha.


p/s: still in dizziness..somebody please help me!

:: kepeningan..

Salam.

sakit tidak terkira.


tadi kepalaku terhantuk lagi.
terkena bucu besi.
hampir mengenai bahagian tengkorak yang dibedah.

untuk pengetahuan, tulang tengkorakku tidak bercantum selepas dibuka.
itulah yang dikatakan oleh doktor pakar neurosurgeri.
kerana hanya tengkorak budak-budak sahaja yang mengalami pencantuman
selepas pembedahan tengkorak kerana mereka masih dalam proses pertumbuhan.
fuh..
:)

kalau dirasa dengan jari,
memang
kepalaku sudah tidak rata.
hehe.
orang kurang upaya atau O.K.U.
apapun aku bersyukur ke hadrat Illahi kerana masih diberi peluang untuk hidup sampai 
ke hari ini dan rasa sakit kepala sudah hilang.
alhamdulillah..

oh, berbalik kepada kepada cerita asal,
mujurlah bucu besi itu tidak mengenai bahagian tengkorak yang dibuka.
alhamdulillah.
namun aku masih dapat merasakan kepeningan itu.

feel a bit of dizzy until now.
can't get rid of it.
and it become worse when i'm doing my tooling project.
because the software is too intricate.

proof:

wassalam.

p/s: masih kepeningan.

Tuesday 22 November 2011

:: menang lagi.. :)

Salam.

ehem-ehem.
testing-testing. cubaan suara. 1 2 3.
suaraku serak-serak basah ala-ala ramli sarip.
gara-gara bersorak kegirangan semasa meraikan kemenangan
Harimau Muda Malaysia!
:)

di sebalik kegembiraan ada kesedihan.
itulah yang terpaksa dilalui oleh peminat-peminat fanatik Indonesia.

banyak kata-kata kesat dan caci-maki dilempar oleh kedua-dua pihak.
seharusnya perkara ini dielakkan
kerana
kita semua adalah bersaudara dan serumpun.
sedih mengenangkannya.
:(

adat permainan
ada kalah dan menang.
harus merimanya dengan hati yang tegar.

dan
terdapat beberapa foto yang menarik di facebook sempat disambarku.
:)




.emas dalam genggaman.

wassalam.

Saturday 19 November 2011

:: ketika muda-mudi..

Salam.

entah
mengapa jiwa aku bergelojak untuk mengupload gambar-gambar ini.
mungkin kerana wajah kami masih muda remaja dan mampu untuk membuatkan
ramai gadis terpikat.
:)

The love for what you hide
The bitterness inside
Is growing like the new born
When you've seen, seen
Too much, too young, young
Soulless is everywhere

"muse / new born"



.lompat berirama.

."aku nk lompat jugak!".

.sebelum mandi, kite bersenam dulu!.

.machonyer abg tuu. hehe.

."indahnya ciptaan tuhan..".

.renang berirama.

.kucar kacir.

."hai, saya comel", ujar naim. hehe.

:)

.model of the decade.


.model sesat.

.cumil tak?.

."jom la balik".

."hai!", ujar model colgate.


banyak sungguh gambar-gambar.
kan?


p/s: malaysia menang! jumpa di final! :)

:: anda kesedihan?


When you try your best, but you don't succeed
When you get what you want, but not what you need
When you feel so tired, but you can't sleep
Stuck in reverse

And the tears come streaming down your face
When you lose something you can't replace
When you love someone, but it goes to waste
Could it be worse?

Lights will guide you home
And ignite your bones
And I will try to fix you

And high up above or down below
When you're too in love to let it go
But if you never try you'll never know
Just what you're worth

Lights will guide you home
And ignite your bones
And I will try to fix you

Tears stream down on your face
When you lose something you cannot replace
Tears stream down on your face
And I...

Tears stream down on your face
I promise you I will learn from my mistakes
Tears stream down on your face
And I...

Lights will guide you home
And ignite your bones
And I will try to fix you




.coldplay / fix you.


p/s: jangan mudah mengalah. Allah sentiasa menemanimu. :) 

Friday 18 November 2011

:: kegilaan baru..

Salam.


adakah anda tahu apakah benda ini?
ye.
minuman beracun!
haha.
dan ia sangat merbahaya 
kerana boleh mengakibatkan ketagihan melampau.
aku sukakannya kerana ia mempunyai telur cicak atau lebih dikenali sebagai pearl.
haha.

dalam minggu ini sahaja,
pundi kencingku penuh dengan cecair tersebut.
adeh.
jika sesiapa tahu bagaimana cara untuk mengatasi masalah ini,
sila kongsi bersama.
wassalam.

:: kemalangan lagi..

Salam.

tadi
semasa aku ingin membeli nasi lemak Aminah
aku kemalangan dengan seorang penduduk tempatan di jalan sehala.
pemuda itu bersalah kerana melawan arus.

coverset motorku yang baru ditukar bercalar.
sabar.
:)

ini adalah kali ketiga motorku kemalangan.
mungkin ada hikmah di sebalik ini semua.
wassalam.

Thursday 17 November 2011

:: jenjalan dengan kenkawan..

Salam.


13.11.2011
yang lalu, aku keluar bersiar-siar
ke bandar JB bersama geng-geng sekolah dahulu. boleh juga dikatakan sebagai reunion kecil-kecilan.
haha.
pada malam tersebut, kami hanya makan-makan dan wayang-wayang sahaja.
kerana ada kuliah pada keesokannya.

hafiz atau lebih dikenali dengan bajet, datang melawat aweknya kami di sini.
sangat terharu walaupun mempunyai agenda utamanya
yang tersendiri. :)

dan
terima kasih kepada pihak penaja iaitu 
encik pae (kosmate aku) kerana menaja pengangkutan kami.
haha.


.bajet dan aku. kabur.
.bajet dan aku. non-kabur.
.aku, bajet, jani.
.senyum lah. :)



Saturday 12 November 2011

:: gambaran gambar..






petang tadi ke rumah apik. mengadakan sesi fotografi bersama beliau. haha.
 sudah lama tidak mengambil gambar bersama. 






dan ini adalah adik perempuan apik. namanya ika. comel dan bermata bulat. haha.
suka menangis apabila didekati aku (stranger).






apik bersama kakaknya. adila. 'kakngah' apik ini suka membuli apik. haha.
dan apik pula suka membuli ika. haha. haha.






apik dan robotnya. sungguh banyak robot apik dan kegemarannya adalah robot transformer yang mahal. haha.






sebahagian daripada kucing apik. kalau tak silap, ada 6 ekor kucings yang sangat comel. haha.






haha. no comment. haha.


p/s: pesanan penaja; majulah sukan untuk negara! (mengarut memang no. 1)




Thursday 10 November 2011

:: lebah oh lebah..

Salam.


petang tadi
semasa aku bersiar-siar mencari makanan di dapur
kakiku terpijak sesuatu yang tajam.
dan kakiku sangat sangat sangat sakit.
rupa-rupanya si lebah yang tidak bersalah telah dipijak oleh aku.
ia mengalami pendarahan yang teruk dan sekarang berada di unit rawatan rapi.
hehe.
kesian encik lebah.
dan
kesian kat aku.


saket wooo.


hanya tuhan sahaja yang tahu.
tapi
berlagak hero.
buat-buat rasa tak sakit.
haha.

anda ingin melihat si mati a.k.a. sang lebah itu?


kesian beliau. mesti keluarganya akan merinduinya.
:)



dan kaki busuk mula membengkak.
dan
kemerahan.


aku menyapu sedikit ubat nyamuk gigi
di kawasan sengatan.
dan ia mulai surut.
memang aku berbakat besar untuk menjadi doktor!
kan?
haha.


sekarang sedang asyik menonton drama korea sambil menahan kesakitan.
memang jambu.
:)
bukannya apa, kaki sakit tak dapat bermain futsal (alasan konon..).
aku tengok drama "attic cat".


sudahkah anda menontonnya?
(soalan ditujukan hanya kepada pihak perempuan sahaja)
cerita ini
sangat sangat kelakar.
dan seringkali terdapat bunyi background music "meow".
kelakar.
haha.
dan aku bukanlah die-hard-fan drama korea.
sekadar mengisi masa lapang di hari cuti.
almaklumlah
tiada kenderaan untuk pergi berjalan-jalan dan menjadi suri rumah separuh masa
di rumah.
haha.

sekian.
wassalam.


p/s: sakit itu rahmat.. :)

::nyanyuk lagi..?

Salam.


entry ini adalah sambungan kepada entry sebelum ini.
tetapi kenapa?
nyanyuk.
haha.


aku ingin berceritera tentang
"kenapa aku selalu online?"
dan
jawapannya
adalah disebabkan ini;


ha.
inilah yang dipanggil teknologi 4 generasi.
??
haha.
maksudnya ia dipanggil GO 4G Donggle.
sangat sangat sangat laju apabila
anda mengklik dan memuat turun sesuatu di internet.
dan
ia juga sangat sangat sangat laju untuk memakan kredit anda.
haha.

macam promoter tak?
:)

dongle ini aku pinjam dari rakanku, zul atau nama glamournya KB.
terima kasih encik kb.

dan petang tadi aku terlupa (nyanyuk lagi)
untuk ke rumah apik kerana terlalu leka menonton perlawanan bola sepak
Malaysia melawan Thailand.
dan Malaysia 
menang 2-1.
yahoo..!
sakit tekak kerana bersorak dan memarahi pemain-pemain yang melakukan kesilapan.
(macam jurulatih malaysia la plak)
:)

itu saja.
wassalam.