Salam..
tadi
semasa sedang membelek-belek
foto di dalam komputer (sambil mendengar sinar FM),
aku terjumpa
gambar ini.
semasa melihat gambar ini,
lagu 'pusara di lebuhraya' nyanyian ekamatra berkumandang
di radio.
"Terbayanglah kisah lalu
Tika kau di sampingku
Bagaikan temasya dalam hidupku
Kini engkau tiada lagi"
Tika kau di sampingku
Bagaikan temasya dalam hidupku
Kini engkau tiada lagi"
sebak.
kerana
teringatkan arwah hafifi hazwan bin mohd adnan
merangkap teman baikku di sekolah dahulu.
kami sangat
rapat.
kemana-mana bersama-sama.
sehingga ada junior yang
mengatakan kami adalah kami kembar.
haha.
namun,
baru kusedari
bahawa kami jarang mengambil gambar bersama-sama.
hanya
ini sahaja gambar yang aku ada
bersama arwah.
bukannya
niat untuk menangisi pemergian arwah,
tetapi untuk mengingatinya,
di samping memberi sedekah al-fatihah.
dan
mengingati mati.
kita semua akan menemui mati.
demi tuhan,
aku amat merindui sahabatku ini.
wassalam.
1 comment:
hmm :"(
Post a Comment