mereka..

tinggalkan alamat anda.

Sunday 31 July 2011

::Sebab Mata Lelaki Gemar Lihat Badan Wanita..


Malam pasangannya siang,
Jaga pasangannya tidur,
Rajin pasangannya malas,
Dan lelaki pasangannya perempuan.

Kerana perempuan adalah
pasangan kepada lelaki,
maka Allah telah menciptakan bentuk badan wanita
itu dapat memikat hati lelaki.

Bila berkata tentang terpikat,
maka ia ada hubung kait dengan nafsu.
Jika ia ada hubungkait dengan nafsu,
ianya ada hubungan pula dengan bisikan syaitan.

Jadi untuk mengawal nafsu, mestilah dikawal dengan iman.
Untuk mendapatkan iman mesti menurut perintah
Allah dan RasulNya dan menjauhi laranganNya.

Pada mata lelaki, perempuan ini adalah simbol.
Simbol apa, semua orang tahu.
Orang lelaki mempunyai imaginasi yang nakal jika
tidak dikawal dengan iman.
Maka mata lelaki ini selalu menjalar
apabila terlihat seorang perempuan.

Setiap bentuk badan seorang
perempuan boleh dihayati oleh seorang lelaki
dengan berbagai-bagai tafsiran nakal nafsu.
Apabila seorang lelaki terlihat seorang
perempuan, maka perkara pertama yang akan
dilihatnya ialah rambut wanita berkenaan.
Maka akan ditafsirlah berbagai2 cara oleh
seorang lelaki akan rambut wanita berkenaan.

Oleh kerana itulah wanita wajib menutup rambutnya.
Apabila rambut wanita itu telah ditutup, maka
mata lelaki itu akan turun ke bawah melihat
bentuk lehernya,

maka wajiblah wanita itu menutup lehernya.
Maka mata lelaki itu akan turun lagi
melihat bentuk payu daranya,
maka wanita itu berkewajipanlah menutup bentuk
payu daranya dengan melabuhkan tudungnya.

Setelah itu mata lelaki akan
turun lagi melihat
bentuk ramping pinggangnya,
maka labuhkanlah pakaian supaya tidak ternampak
bentuk pinggangnya,
maka mata lelaki itu akan melihat pula akan
bentuk punggungnya,

maka wajiblah wanita itu membesarkan pakaiannya
agar bentuk punggung tidak kelihatan, dan
lelaki itu akan pula melihat bentuk pehanya,
maka janganlah sesekali wanita itu memakai kain
yang agak ketat sehingga terlihat bentuk
pehanya walau sedikit,
maka akan dilihat lagi oleh lelaki itu akan
bentuk kakinya pula,

maka janganlah wanita itu berseluar, kerana
terus-terang pihak lelaki bercakap, walau
muslimah itu bertudung labuh, berbaju labuh,
jika beliau memakai seluar,walau nampak besar
sedikit, nafsu kami lelaki akan terusik secara
sepontan, entah tak tahu Kenapa?

Mata lelaki ini nakal, setelah tidak ternampak
akan bentuk kakinya,
maka akan dilihatlah pula akan mata lelaki itu kepada kakinya,
maka wajiblah wanita itu untuk menolong lelaki
itu tidak berdosa, menutup kakinya dengan
melabuhkan kain, atau memakai stokinyg warnanya
jangan sesekali berwarna kulit perempuan,

maka mata lelaki ini akan kembali ke atas,
akan melihat pula bentuk tangan wanita itu,
maka tolonglah wahai muslimah, agar melabuhkan
tudung menutupi bentuk tangannya yang indah pada pandangan lelaki.

Maka wahai lelaki,
janganlah pula kamu melihat mukanya,
kerana ia akan menimbulkan fitnah, kecuali jika
kamu wahai lelaki, ingin meminangnya.
Jika wanita itu cukup soleh, takut mukanya yang
cantik akan menimbulkan fitnah,
maka berpurdahlah kamu,
jika itu lebih baik untuk kamu.

Tetapi mata lelaki ini ada satu lagi jenis
penyakit,iaitu mata
lelaki itu akan tertangkap dengan sepontan jika
ia terlihat warna yang menyerlah atau terang
jika ianya berada pada perempuan.

Maka oleh itu wahai perempuan, tolonglah jangan
memakai pakaian yang warnanya terang-terangan sangat.
Jika hendak pakai pun, pakailah untuk suami.
Itulah wahai muslimah, jika anda semua ingin tahu
apakah dia mata lelaki itu, dan perlu
diingatkan, jika semua aurat telah ditutup,

jangan anggap tugas kita telah selesai, perlulah
pula kita menjaga kehormatan diri masing2,
jangan keluar seorang2,keluarlah dengan
mahram, atau keluarlah sekurang2nya 3 wanita agar
tidak diganggu gangguan luar, mata lelaki pula
janganlah menjalar langsung kepada muslimah,
walau muslimah itu telah menutup aurat,
insyaAllah selamat dunia akhirat.

Seperti firman Allah,"Dan tundukkanlah pandanganmu
dan jagalah kemaluanmu".
Dunia sekarang telah banyak yang cacat celanya,
sehingga ketaraf seseorang yang memakai tudung
masih beliau tidak menutup aurat, dan pada kaum
lelaki, mata kamu itu wajib untuk tidak
mencuri2 melihat wanita muslimah, kerana ia
dilarangi oleh Allah SWT.

Ingat-ingatkanlah wahai muslimin muslimat.
Sekilau-kilau berlian paling menarik untuk dicuri.
Seindah-indah ciptaan adalah yang paling sukar untuk dijaga.
Sesuatu yang berharga dan bernilai perlu dijaga dengan baik.
Semakin dibuka semakin kurang nilai harganya..
Bajailah ia dengan iman dan takwa semoga membuahkan hasil yang sungguh bernilai.

Wednesday 27 July 2011

::praktikal...

Salam..
kita berjumpa lagi..
aih..mentang-mentanglah praktikal dan repot sudah disiapkan, 
maka kembali aktiflah aku dalam penulisan blog neh.
di sini aku ingin kongsi bersama suka duka 10 minggu di
MSET sdn. bhd.(nama yang hanya gah di telinga tapi di mata tidak.hahaha.. :D )
kepada sesiapa yang masih samar-samar tentang syarikat ini, 
anda bolehlah ushar sendiri di sini..


.ni mset pulau kambing.ibu cawangan.mmg besor..

mimpi tak selalu indah..
panas tak berpanjangan..
keriangan tak bermakna tanpa kesedihan..
(pergh..memang sastera habis ayat aku)
bukannya apa, syarikat ini memang besar..tetapi bermacam-macam masalah yang dihadapinya.
entahlah..


okeh..
kembali kepada matlamat asal..chill!
sepanjang praktikal, aku banyak belajar tentang perkapalan dan perbotan(mekanikal marin)..
sebenarnya bidang ini sudah terpesong jauh dari bidang yang sepatutnya aku pelajari.
mekanikal pembuatan!!
tapi....
tidak salah kalau kita hendak meluaskan ilmu yang ada (falsafah sendiri -.-")

di mset, aku menggenali ramai teman baru.
ayed, a'an, madi, wan, mat cas, muhaimin, alia, ira, farid.(divisyen pulau kambing)
may, aziemah, sha, umi dan pika (divisyen gong badak)
malangnya........
di gong badak hanya aku seorang sahaja pelatih lelaki...



di gong badak, 
aku mempelajari bagaimana bot dihasilkan...
dan bagaimana juga ia di servis.
dibawah ini aku sertakan sedikit foto yang sempat ditangkap
sepanjang praktikalku..

.belajar welding..

.engineer in future.amin..

.aku dan ayed.

.di pulau kambing.

.di dalam kapal.

.semasa test bot.

.aku dan may.

.ni tak terlibat.haha.akibat terlalu obses kucen.

.din kucen, aku dan aziemah.


.on delivery.

.yo dan semburan catnya.

.kerajinan terserlah :)
.hasilnya.sebuah bot kecit.


semoga pengalaman ini menjadi suatu bekal di masa hadapan.
insyaallah..

::akhirnya..

salam..
Setelah bertungkus-lumus dan bersusah-payah selama beberapa hari, akhirnya laporan penuh untuk latihan industriku siap! Sedikit sukar, namun terbit kepuasan apabila menyelesaikan tugasan tersebut. Alhamdulillah ku panjatkan syukur kepada yang Esa. :)



Beberapa hari lagi akan tiba bulan yang penuh dengan keberkatan iaitu bulan Ramadhan. Semoga bulan yang penuh dengan keberkatan ini memberi seribu erti kepada diriku....insyaAllah..

p/s:akan bekerja di bulan puasa ini. laratkah aku?hehehe... :)

Tuesday 26 July 2011

::sakit itu rahmat..

Pada akhir semester lepas(2010/2011 sem 1), aku jatuh sakit. mase tu study week. seminggu aku tidak dapat tido dengan lena akibat sakit kepala.selera makanku hilang, demam-demam dan muntah. setiap kali kakakku membawaku ke hospital, doktor akan memberitahu aku menghidap penyakit sakit kepala(migrain).
sakit kepalaku semakin hari semakin menjadi-jadi. kali ketiga aku ke hospital, aku dimasukkan ke dalam wad(green status). kepalaku di scan dan terdapat darah beku pada otak kiriku. doktor pakar memberitahu aku trpaksa menjalani pembedahan (craniotomy) secepat yangg mungkin untuk mengelak daripada sebarang komplikasi. aku dibedah pada jam 1 pm keesokan harinya. entah kenapa aku lansung tidak gementar sebelum pembedahan.mungkin kerana ma(ibuku) kerap menelefonku & rakan-rakanku datang melawat sambil memberi kata-kata semangat kepadaku...

.sebelum pembedahan.

.sahabat datang memberi semangat. :)


.gud luck bro!

pembedahan selesai lebih kurang jam 8-9 pm. aku tersedar (2-3saat) semasa pembedahan kerana tekakku sangat terasa sangat sakit. ini kerana salur pernafasan yangg dipasang sangat besar. sakit itu berlarutan lebih kurang 3 minggu selepas pembedahan..

.selepas pembedahan.di wad ICU.

sepanjang berada di dalam wad mengajarku erti sabar. kerana sakit yang ditanggung itu bukannya sedikit. ramai kawan-kawan datang melawatku dan memberi semangat untuk cepat sembuh. aku sangat terharu. walaupun sakit, solat 5 waktu aku tunaikan dalam keadaan duduk. aku terkilan kerana pesakit yang lain kebanyakannya mengabaikan solat mereka walaupun sedikit sihat. hmm..mgkin mereka jahil tentang solat semasa jatuh sakit. semoga Allah mengampuni dosa-dosa mereka, amin..

sakit mengajarku erti tabah & belajar menginsafi diri. semoga sakit yang datang itu menghapuskan dosa-dosaku yang lalu..insyaAllah..Rasullulah pernah bersabda : “Beritakanlah khabar gembira, sesungguhnya Allah pernah berfirman yang bermaksud: “Penyakit itu adalah api-Ku yang Aku timpakan kepada hamba-Ku yang mukmin di dunia ini agar dia dapat selamat daripada api neraka pada hari akhirat nanti.” Hadis riwayat Imam Ahmad di dalam Musnadnya.

Menerusi firman-Nya yang lain ALLAH SWT menyatakan musibah yang ditimpakan kepada hamba-Nya dapat berfungsi untuk menimbulkan keinsafan dalam jiwa setiap insan dan ini dapat membantunya untuk memperbaiki kelemahan yang ada pada dirinya seperti firman Allah yang bermaksud: “Dan Kami berikan ujian kepada mereka dengan (nikmat) yang baik-baik dan (bencana) yang buruk-buruk, agar mereka kembali (kepada kebenaran).” Al-A’raf : 168

Ibnu Jarir ketika menafsirkan ayat di atas berkata: “Kami akan menguji mereka berupa kelapangan dalam hidup, kemewahan di dunia, keluasan dan kelapangan rezeki. Semua itu adalah kenikmatan yang baik seperti disebutkan dalam firman Allah di atas, sedangkan maksud hal yang buruk adalah kesempitan dan kesengsaraan dalam hidup, musibah dan kekurangan harta. Yang dimaksudkan dengan firman Allah agar mereka kembali (kepada kebenaran) adalah supaya mereka kembali kepada ketaatan kepada Rabb mereka, bertaubat kepada-Nya dan bertaubat daripada segala perilaku kemaksiatan yang dilakukan terhadap-Nya.”


masyaAllah..semoga Allah mengampuni dosa-dosa kita yg lalu & memudahkan urusan kita di dunia & akhirat.insyaAllah..semoga kisah ini juga sedikit sebanyak mengajar kita untuk lebih menghargai nikmat sihat...


Monday 11 July 2011

::lakaran hati..

alt

Senja ini mentari menyinar malu,
Ku lihat langit,
Terhampar luas kebiruan,
Ku renung lagi,
sehingga terlakar wajahmu di dada awan...
saat ini,
Ku terkenang kisah suka dan duka kita,
Sepanjang mengikat tali persaudaraan,
Terlalu banyak cubaan yang datang,
Betapa Allah mengatur setiap takdiran,
Dengan cukup teratur dan teliti,
Tiada perkara yang sia-sia menimpa diri,
Kecuali semuanya punya hikmah dari Ilahi...
Duhai angin,
Sampaikan padanya,
agar sabar dan tabah menghadapi hidup,
Kerana erti sebenar hidup ini,
Dalam erti 'memberi' bukan menerima...
Pelangi,
Ingin ku ukir warna indah itu dalam hidupmu,
Agar sentiasa mewarnai jejak langkahmu,
Namun ku sedari,
Hujan jua adakalanya akan turun,
Dan menghilangkan seri pelangi itu...
Oleh itu ku ingin jadi seperti bulan,
Bila muncul menyinarkan,
Bila sembunyi tidak menghilang,
Ia ada di balik awan,
Cuma kadang-kadang tidak perasan,
akan erti sebenar sebuah kehidupan...
Doaku cuma satu,
moga kita kan terus kuat,
menghadapi gelombang ujian,
kerana itulah sebenarya ukuran iman,
untuk kembali kepadaNya dengan jiwa yang tenang...