mereka..

tinggalkan alamat anda.

Monday 5 November 2012

:: kucingku bukan kucingmu..



Salam.


selamat malam kepada semua warga malaysia.













'nama aku lolo (nada macho)..', ujar si lolo.






selamat malam kembali.




wassalam.

Tuesday 14 August 2012

::kemalangan oh kemalangan..



Salam.



pada minggu pertama
di bulan ramadhan
aku mengalami kemalangan lagi.
lagilagikemalangan.
haha.



there he sat yes you right there
there's been an accident
please sit down and light your smokes
there's something I must tell you

the accident / the myriad



tidak semua orang bernasib baik setiap hari dan tidak semua orang bernasib malang setiap hari.
tidak terkecuali diri aku.
sudah tertulis pada kitab takdir masing-masing.
percaya dan beriman pada qada' dan qadar.

mangsa yang terlibat dalam kemalangan
pada hari bersejarah itu
adalah 
aku dan dia.

dia merupakan objek.
sebuah objek yang tidak bernyawa dan hanya 
akan hidup jika dihidupkan.
apakah ia jika tuan bijak bestari?

haha.




jengjengjeng.







inilah dia
kawan karib merangkap kekasih hati merangkap
pengikis duitku merangkap kudaku lari gagah berani eksiden sokmo.
haha.


kacak bukan?


oh masuk bangkul angkat sendiri.
wuuu.
tak malu.


setelah kemalangan,
aku telah mengenalpasti kerosakan yang dialami oleh si dia:

  • tayar sudah membengkok
  • coverset yang sangat calar balar
  • lampu depan pecah
  • stand dekat gear bengkok ke bangkok ninety degrees
  • fork juga membengkok



bukti:







yang sebenarnya
aku baru sahaja menukar coverset dan sportrim tersebut.
tapi tiada rezeki.
nak buat macam mana.
kankankan?



duitku habis lagi.
hooray!

adoyai.
dunia semua nih.
dunia.
:D

sekiranya anda bersimpati dengan si mangsa,
silalah menghulurkan bantuan daripada segi moral ataupun kewangan.
berbuat baik di bulan mulia ini amatlah mulia.
hehe.



post ini akan bersambung.
nantikan sambungannya.
hoho.





wassalam.

Thursday 2 August 2012

:: ramadhan datang lagi..



Salam..





Ku mengharapkan Ramadhan 
Kali ini penuh makna 
Agar dapat kulalui 
Dengan sempurna

harapan ramadhan / raihan feat manbai



got nothing to say.

wassalam



p:s: terlambat kerana kemalangan.(kemalangan sokmo..)

Friday 20 July 2012

:: langkawi #2



Salam..




[sambungan daripada entry sebelum ini]


perjalanan selama lebih satu jam menaiki
feri ke jeti kuah sambil melayan
filem adnan sempit 2
sedikit sebanyak 
dapat
mengurangkan rasa 
gerammarahsakithatidanmacammacam.
haha.


kami berenam:

haha.masing-masing muka kanak-kanak.aku je yang dah dewasa :D

tekad menyahut seruan kerajaan 
meneruskan misi pelancongan ini dengan hati yang girang.
haha.




pagi terjaga ku dari mimpi
terasa hati senang sekali
pasti dunia ku yang punya di hari ini
bersama kawan-kawan ku pergi
ketawa riang senang hati
indahnnya dunia ketika kita muda remaja

generasiku / OAG




kami disediakan dua buah motel iaitu
charlie motel
oleh ajen pelancongan yang baik hati.
haha.
motel tersebut agaklah selesa kerana terdapat dua katil bersaiz king
dan dilengkapi penghawa dingin dan televisyen.
alhamdulillah.

kami juga diberi sebuah toyota avanza sebagai kemudahan
pengangkutan selama tiga hari dua malam
untuk merayau-rayau bersiar-siar
di pulau langkawi.
alhamdulillah.



setibanya di charlie motel:


kami menang mpv!

di kaunter pendaftaran.

setelah menunaikan solat fardhu
yang dijamak qasarkan,
kami berehat dia atas katil empuk
yang sangat selesa selama beberapa jam dan tiba-tiba,

"woi, kalau nak tido baik balik rumahlah!",
ujar encik kb.

haha.
kami tergelak dan terus bersiap-siap untuk meneruskan 
misi pelancongan yang belum selesai.
cewah.

pada malamnya,
kami ke dataran helang di kuah
yang terkenal sebagai simbol gah di pulau langkawi.

kami sempat mengadakan sesi fotografi
tidak rasmi
sambil dipandang enteng oleh orang sekeliling.
apa tidaknya,
masing-masing mengeluarkan kamera cangih dan mengambil
gambar masing beratus-ratus mengalahkan
model iklan kinder bueno.
:D



bukti jelas lagi nyata:
































haha.
memang jelas dan nyata.
tidak mampu disusun dengan baik kerana sangatsangatsanat
banyak!

memang patut diorang memandang kami sebelah mata
pon.
haha.

dan
pihak juri telah bersepakat untuk memilih gambar terbaik pada malam
itu.




jengjengjeng:

terbanglah wahai helangku.haha.


gambar tersebut diambil
semasa aku hampir jatuh kerana sedang asyik
beposing seperti supermodel
terkenal.
haha.


abaikan.
:]



to be continued..


wassalam.

Tuesday 17 July 2012

:: gambar lama #1



Salam.



sebuah gambar yang penuh makna.
coverset motor.
seluar ketat.
sahabat.




Come up to meet you, tell you I'm sorry
You don't know how lovely you are
I had to find you, tell you I need you
Tell you I set you apart
Tell me your secrets, and ask me your questions
Oh let's go back to the start
Running in circles, coming up tails
Heads on a science apart 

the scientist / coldplay


gambar tersebut diambil
beberapa tahun lepas semasa aktiviti bbq 
di lata apeentahtakingat.
haha.

detik tersebut adalah antara
detik-detik
terakhir bersama kawan baikku
allahyarham mohd ridhwan
yang meninggal dunia kira-kira 2 tahun lepas.
al-fatihah

tidak sempat bergambar dengan arwah ketika itu
:[

dia merupakan kawan suka duka 
daripada kecil sehingga matang usia
kami.

setiap tahun,
semasa raya pertama,
arwah pasti mengajakku ke rumah 
kawan perempuan a.k.a gfnya
untuk beraya.
haha.

tetapi semua itu tinggal kenangan.
semoga arwah dicucuri rahmat olehNya.
insyaallah.






wassalam.

Monday 16 July 2012

:: langkawi #1



Salam..



mengikut perancangan awal,
aku tidak tersenarai 
dalam
senarai nama pelancong ke eropah langkawi.
tetapi oleh kerana mafia a.k.a ahmad syafiq faris terpaksa
menarik diri gara-gara penangan psm@fyp.

kami berenam tiba di jeti
kuala perlis pada pagi
2/7/2012
dengan muka bersemangat dan masing-masing 
berangan untuk bersantai di pantai
yang sungguh indah.

semuanya senyum lebar
dengan mulut berbau yang amat dasat kerna tidak gosok gigi lagi
turun dari bas dengan penuh semangat dan ceria.



bukti:

saya menang lori!

dan ini:

kami menang kfc!

muka ceria tersebut hanya mampu bertahan sedetik lebih oleh anuar zain;


Setiap nafas yang dihembus
Setiap degupan jantung
Aku selalu memikirkanmu

Dalam sedar dibuai angan
Dalam tidur dan khayalan
Aku selalu memikirkanmu

bzzzz....


lamunan kami terhenti tiba-tiba kerana 
kami tidak dapat menghubungi
ejen pelancongan yang
telah dibayar depositnya.


kami seperti terkena wakenabeb!

-.-"


salah seorang daripada kami mengundur diri dan pulang ke UM
dan selebihnya
bersepakat untuk menyambung misi keamanan pelancongan ke 
pulau langkawi.
oh sungguh dramatik peristiwa itu.

oleh kerana nasib kami yang sangat malang pada hari itu
gara-gara ditipu oleh ajen pelancongan
yang sangat oh durjana itu,
seorang brader bermurah hati untuk menawarkan satu pakej yang sangat murah.
alhamdulillah.
:]

pahit ditelan,
madu diluah.
eh,
diluah mati emak,
ditelan mati bapak.
pepatah melayu yang jauh sangat larinya.
haha.

kami menaiki feri dengan penuh perasaan hiba
dan perasaan itu dilitupi oleh 
senyuman manis
yang mampu membuatkan gadis-gadis terpikat
especially to the descendants of mahsuri.
hoho.
sambil mengharapkan ada hikmah disebalik
peristiwa pahit itu.

model colgate: hairil dan ghazi.haha




to be continued...








wassalam.


Wednesday 11 July 2012

::aktiviti menjual..



Salam.


aku baru selesai
membuat satu pengiklanan di 
mudah.my.
harap pengiklananku diterima dan mendapat
sambutan yang hangat-hangat tahi ayam.
hoho.



iklanku berbunyi;

Text:
coverset original.asal motor.
ingin dijual untuk mengosongkan stor.
boleh dijadikan sparepart.
tukar coverset baru kerana kemalangan.
terdapat sedikit calar.bahagian yang pecah teruk dibuang seperti bhgn kepak
dan dada hadapan.
harga boleh nego.
rm120 untuk semua part.
rm30/part.
msj di no 017-9540925.





sekiranya anda berminat,
silalah mengenyit mata mendail nombor 
yang tertera.

sila klik untuk lihat pengiklanan tersebut:

mood: businessman




wassalam.


Wednesday 27 June 2012

:: meletup..



Salam..



petang tadi,
hati aku hancur remuk.
hanya tuhan yang tahu. (puitis sungguh)
:]

aku dan beberapa juruteknik makmal mekanikal
memasang inverter yang baru dibeli.
harga inverter tersebut adalah
RM800 sahaja.

hanya sedikit sahaja
kesilapan yang berlaku,
dan



kebabooom..
meletup dan berkemungkinan besar 
rosak sepenuhnya.
ujian yang sangat bermakna
dari Dia.



wassalam.

Saturday 23 June 2012

:: tanjung balau..



Salam..


amaran:
sekiranya talian internet anda 
sangat sangat sangat
lemah,
sila pergi bermain jauh-jauh.
gambar di bawah memerlukan kekuatan internet dari segi
fizikal dan mental 
yang tinggi.


percutian tanjung balau
perkelahan tanjung balau pada 19 jun 2012.
disertai oleh budak-budak ribena SMP
tahun akhir.

sangat ohsem.







































engkau tiba bagaikan pelangi
tak bercahaya namun kau berseri
tapi cukup menghiburkan 
hati ini

seharian waktu bersamamu
tak terasa saat yang berlalu
bagai pelangi petang kau kan pasti
pergi jua..

pelangi petang / sudirman






wassalam.