sakit kepalaku semakin hari semakin menjadi-jadi. kali ketiga aku ke hospital, aku dimasukkan ke dalam wad(green status). kepalaku di scan dan terdapat darah beku pada otak kiriku. doktor pakar memberitahu aku trpaksa menjalani pembedahan (craniotomy) secepat yangg mungkin untuk mengelak daripada sebarang komplikasi. aku dibedah pada jam 1 pm keesokan harinya. entah kenapa aku lansung tidak gementar sebelum pembedahan.mungkin kerana ma(ibuku) kerap menelefonku & rakan-rakanku datang melawat sambil memberi kata-kata semangat kepadaku...
pembedahan selesai lebih kurang jam 8-9 pm. aku tersedar (2-3saat) semasa pembedahan kerana tekakku sangat terasa sangat sakit. ini kerana salur pernafasan yangg dipasang sangat besar. sakit itu berlarutan lebih kurang 3 minggu selepas pembedahan..
.selepas pembedahan.di wad ICU. |
sepanjang berada di dalam wad mengajarku erti sabar. kerana sakit yang ditanggung itu bukannya sedikit. ramai kawan-kawan datang melawatku dan memberi semangat untuk cepat sembuh. aku sangat terharu. walaupun sakit, solat 5 waktu aku tunaikan dalam keadaan duduk. aku terkilan kerana pesakit yang lain kebanyakannya mengabaikan solat mereka walaupun sedikit sihat. hmm..mgkin mereka jahil tentang solat semasa jatuh sakit. semoga Allah mengampuni dosa-dosa mereka, amin..
sakit mengajarku erti tabah & belajar menginsafi diri. semoga sakit yang datang itu menghapuskan dosa-dosaku yang lalu..insyaAllah..Rasullulah pernah bersabda : “Beritakanlah khabar gembira, sesungguhnya Allah pernah berfirman yang bermaksud: “Penyakit itu adalah api-Ku yang Aku timpakan kepada hamba-Ku yang mukmin di dunia ini agar dia dapat selamat daripada api neraka pada hari akhirat nanti.” Hadis riwayat Imam Ahmad di dalam Musnadnya.
Menerusi firman-Nya yang lain ALLAH SWT menyatakan musibah yang ditimpakan kepada hamba-Nya dapat berfungsi untuk menimbulkan keinsafan dalam jiwa setiap insan dan ini dapat membantunya untuk memperbaiki kelemahan yang ada pada dirinya seperti firman Allah yang bermaksud: “Dan Kami berikan ujian kepada mereka dengan (nikmat) yang baik-baik dan (bencana) yang buruk-buruk, agar mereka kembali (kepada kebenaran).” Al-A’raf : 168
Ibnu Jarir ketika menafsirkan ayat di atas berkata: “Kami akan menguji mereka berupa kelapangan dalam hidup, kemewahan di dunia, keluasan dan kelapangan rezeki. Semua itu adalah kenikmatan yang baik seperti disebutkan dalam firman Allah di atas, sedangkan maksud hal yang buruk adalah kesempitan dan kesengsaraan dalam hidup, musibah dan kekurangan harta. Yang dimaksudkan dengan firman Allah agar mereka kembali (kepada kebenaran) adalah supaya mereka kembali kepada ketaatan kepada Rabb mereka, bertaubat kepada-Nya dan bertaubat daripada segala perilaku kemaksiatan yang dilakukan terhadap-Nya.”
masyaAllah..semoga Allah mengampuni dosa-dosa kita yg lalu & memudahkan urusan kita di dunia & akhirat.insyaAllah..semoga kisah ini juga sedikit sebanyak mengajar kita untuk lebih menghargai nikmat sihat...
No comments:
Post a Comment