mereka..

tinggalkan alamat anda.

Sunday 13 May 2012

:: romantika..



Salam.



bagi insan yang masih belum berpunya,
terkadang
kita iri hati apabila
pasangan kekasih mahupun suami isteri
bermesra atau beromantika di hadapan kita.

tetapi
keadaan yang lebih menyekitkan menjengkelkan
adalah apabila pasangan yang haram masih belum berkahwin memaparkan
kelibat atau situasi yang tidak manis
dipandang sekiranya
pasangan tersebut adalah pasangan muslim.

tidak salah untuk beromantika.
tetapi
mesti kena pada cara.
#dah macam ustaz don#

kena pada caranya itu adalah
bermaksud,
perkahwinan.

Rasullulah s.a.w. juga adalah seorang insan 
yang sangat romantik,
tetapi hanya kepada
isteri-isteri baginda sahaja.


Siapalah kita
berbanding Rasulullah SAW yang jauh kedudukannya lebih mulia dari segala manusia.
Namun atas tawaduk dan romantisnya baginda membuatkan umat yang membaca kisah cinta baginda bersama isterinya seolah sedang menghayati novel cinta romantik.

Rasulullah bukan seorang yang kaku dan keras. 
Ia juga seorang manusia yang mempunyai emosi tersendiri. 
Pemergian baginda telah membuatkan kehangatan rasa rindu di kalangan isterinya. 
Dikala isteri kesunyian, hadirnya mengungkap keriangan. 
Sewaktu isteri dalam kedukaan, baginda bukanlah sekadar pemerhati. 
Namun baginda juga sebagai ubat kedukaan dan kesakitan. 
Diriwayatkan dari Aisyah bahawa : Nabi Muhammad SAW adalah orang yang penyayang lagi lembut. Baginda akan menjadi orang yang sangat lembut dan paling banyak menemani ketika isterinya sakit.” (Bukhari dan Muslim) Hadirnya Nabi SAW mengubat hati para isteri.

Baginda paling banyak bergurau senda bersama isterinya.
Suatu hari datang Saodah (salah seorang isteri Nabi SAW) kerumah Aisyah.
 Lalu Nabi SAW duduk diantara Aisyah dan Saodah dan meletakkan kaki 
beliau diatas pangkuan mereka.
Ketika Aisyah menjemput Saodah makan, ia menolaknya kerana tidak berselera. 
Lalu Aisyah berkata : “(Demi Allah), makanlah atau aku akan mengotori wajahmu”. 
Saodah menolak dengan berkata : Aku tidak akan memakannya”.
Lalu Aisyah mengambil makanan dan disapukan ke wajah Saodah. 
Rasulullah SAW tertawa. 
Kemudian Rasulullah menyuruh Saodah membalas semula dengan mengotori wajah Aisyah. 
Setelah Saodah mengotori wajah Aisyah, Rasulullah terus tertawa. 
(an-Nasai’e, Ibn Abi Dunya) 
Kisah ini merupakan senda gurau Nabi SAW bersama isteri-isterinya. 
Pernah juga Rasulullah memujuk Aisyah untuk menghilangkan marahnya dengan sengaja memegang hidung Aisyah seperti dalam riwayat Ibnu Sunni.

Begitu romantisnya rumahtangga Rasulullah SAW. 
Mungkin inilah rahsia cinta sejati yang kekal ke akhir hayat Nabi SAW. 
Beramah mesra, bergurau senda, belaian dan sentuhan. 
Sehinggalah ayat-ayat cinta terukir dari bibir seorang Nabi dengan memanggil panggilan manja terhadap isterinya. 
Suara indah memanggil “Ya Humaira” kepada Aisyah yang bermaksud “Wahai si putih kemerah-merahan atau Mawar merah”. 
Membuatkan ikatan itu lebih intim. 


oh
sungguh romantis nabi kita.
:]

gambar hiasan


berbalik
kepada entry sebelum ini,
aku terbeli sesuatu yang telah dirahsiakan rupa sebenar
objek tersebut.


#jeng-jeng-jeng#


 

kasut bola yang baharu.
oh sungguh indah perasaan ini.
gembira berbaur pilu
ekoran kegawatan ekonomi yang melanda 
setelah terbeli kasut bola
yang cantik ini.
:]

dan
tiga hari lepas terbeli
lagi satu barang yang mahal sedikit daripada
kasut bola yang sedikit mahal.
#pening#


apakah ia?



wassalam.

1 comment:

May Maisarah said...

Wohaaa ! smart kasut bola tuhhh ! =))
hensem molek !