mereka..

tinggalkan alamat anda.

Monday, 7 May 2012

:: keliru..



Salam..



pada
30 april yang lalu
aku ke hospital untuk menjalani
pemeriksaan berkala
di klinik pediatrik kardiologi hospital sultanah aminah.

#jikalau anda bijak bistari, kenapa pediatrik?#


seperti kebiasaan
aku disuruh untuk menimbang berat badan terlebih dahulu.
kemudian ecg.
dan echo.


dan menunggu di ruang menyelam menunggu
selama beberapa ketika untuk mengambil semula kad temujanji.


apabila menerima 
kad temujanjiku semula daripada cik jururawat manis
agak terkejut dan menerima serangan jantung apabila
membaca surat laporan.


apakah?


jom kita terjah laporan tersebut:




adakah anda nampak apa yang aku nampak?
sila abaikan perkataan
normal-abnormal yang tertera.
haha.


ok.
i'll zoom in order to identified it


sila lihat bulatan merah


wah!
amat mengejutkan apabila berat badanku naik sebanyak
11 gram kilogram setelah beberapa bulan
selepas menjalani pembedahan.
:O


dan
aku membuat beberapa andaian untuk menyedapkan
hati yang bulat ini.
haha.


antaranya:

1. mesin penimbang hospital rosak.
2. mesin penimbang sudah lama tidak diservis.
3. tekanan graviti pada masa itu sangat tinggi.
4. baju dan seluar yang dipakai semasa itu lebih berat muatan yang dibenarkan.
4. telefon bimbit yang dibawa mempunyai berat 11 kilogram.


aduhai.
akhirnya terpaksa menerima hakikat bahawa
aku semakin montel.
haha.


sekarang cuba sedaya upaya untuk mendapatkan 
berat ideal yang telah disyorkan oleh 
persatuan beca malaysia.
[berat penumpang beca dibenarkan < 70kg]


mencuba untuk bermain bola tetapi keadaan kasut 
bola sudah uzur dan daif.


sudah terkoyak dan rabak

:(

dan terpaksa membelanjakan sejumlah
wang untuk membeli yang baharu.



jeng-jeng-jeng.



ingin tahu apa yang berada di dalam
kotak misteri?
sila ikuti episod seterusnya.
haha.
:]



wassalam.

2 comments:

sayang salmah said...

si bulat~

May Maisarah said...

What goes around comes around. What you give you get back. Stop calling me bulat if you are on the same boat. HAHAHAHAHAHAHA *GELAK TERGOLEK2*

81kg... anok gajoh ke ape nihhh??? bhahahaha. :p