Salam.
mengalami kebosanan tahap
maksimum
itu adalah perkara biasa bagi pesakit yang
berada di dalam wad.
bangun,
mandi,
makan,
minum,
solat,
senyum,
tidur.
menunggu detik pembedahan ini
adalah umpama seperti menunggu isteri hendak bersalin di
dewan bersalin.
eh, aku masih bujang la.
:]
walaupun bosan,
aku tetap gembira berada di dalam wad.
kerana dapat melihat kesakitan yang dialami oleh orang lain.
bayangkan kalau kita berada di tempat mereka.
dan berasa sedar bahawa
kita semua akan
sihat sebelum
sakit.
pakcik yang berada di katil hadapanku
telah selamat menjalani pembedahan
jantung. tetapi dia mengalami lumpuh seluruh
badan kerana terdapat darah beku di otaknya semasa
pembedahan. semalam dia menjalani pembedahan otak.
kesian isteri pakcik tersebut.
walaupun beliau sedih, namun selalu tersenyum jika
berjumpa denganku.
:]
itu sahaja.
sekejap lagi jururawat akan
memeriksa tekanan darah.
jumpa lagi.
wassalam.
p/s: mujurlah ada komputer riba dan modem internet.
tidaklah terlalu bosan di wad kardiotorasik ini. :]
3 comments:
saket apekah??
jantung.lusa operate.. :D
adham, moga awak cepat sembuh..tabahkan hati awak..be strong ok..u can do it..
Post a Comment