mereka..

tinggalkan alamat anda.

Saturday 26 November 2011

:: kecurian sementara kasut bola..

Salam.

eh
apakah yang dimaksudkan dengan
kecurian sementara?

sebelum itu,
mari kita hayati dahulu dialog di bawah;



di court futsal. kira-kira 6.05 petang.

aku: gi, ang ada nampak nampak kasut bola aku tak?
ghazi: tak da pon. ang ada tinggai kat mana-mana ka? mana la tau ang
 tinggal kat padang masa lepaih kita main bola aghitu..
aku: entahla.. (berdebar-debar)

di court futsal. kira-kira 6.45 petang
aku: betoi ka ang tak nampak? kat mana eh? (bertambah-tambah perasaan berdebar-debar)
ghazi: aku tak nampak la. rasa-rasa ang ada bawak balik lepaih maen aritu.

di hostel. pukul 7.00 malam.
aku : gi, camna neh? abih la aku. nanti nak main friendly macam mana neh? dah la sekarang tengah pokai..
tak da duit nak beli.  (berdebar-debar kuasa tiga belas)
ghazi: kalu ada orang curi tu, harap-harap dia letak balik la kasut ang tuh. jangan duk bimbang aih..



berdasarkan dialog di atas, dapat kita simpulkan bahawa si pemilik blog ini telah kehilangan kasut bola
dan nampaknya kasut itu amat berharga kepadanya.
hal ini menyebabkan dia mengalami sindrom takdudukdiammacamkucingnakberanak.

kasut beliau yang telah dicuri sementara waktu:


dan pada pukul 7.10 malam, beliau telah menemui semula kasut tersebut di atas tangga
semasa misi mencari dan menyelamat kasut bola itu.
sungguh baik hati si pencuri durjana itu kerana
memulangkan semula kasut
beliau.
walaupun dalam keadaan yang sangat-sangat-sangat kotor.
terima kasih encik pencuri yang baik hati.
:)


p/s: bersabar dan terus bersabar. pasti ada manis di sebaliknya.

5 comments:

Liyana Rahim said...

salam...mesti lepas jumpa semula kasut tuh rasa lega yg x terhingga..^_^

adham ismail said...

wslm.oh, semestinya.hahaha..

sayang salmah said...

hehe...klako la..hehehehe..

adham ismail said...

ape yg klako??

Anonymous said...

kasut busuk juga yg ingin dicuri.sungguh x profesional.
-mawar-