mereka..

tinggalkan alamat anda.

Monday, 11 April 2011

::kau sahabat kau teman..

sudah lama aku tidak mengupdate blog ini. mungkin sebab malas. mungkin sebab sibuk dengan test. mungkin...
sebentar tadi aku membuka akaun friendsterku. aku terbuka profile arwah hafifi. hafifi hazwan bin bin mohd adnan... aku sebak melihat gambarnya.teringat kepada arwah. sepanjang berada di mrsm kota putra, aku banyak bersama dengan arwah. akulah sahabatnya. akulah temannya. banyak kisah suka duka kami kongsi bersama.kisah cinta, kisah kelakar, kisah keluarga, kisah masalah, kisah pelajaran dan banyak lagi kisah-kisahnya. aku sangat mengenali arwah. peribadinya, kelakuannya, kesukaannya, dan keluarganya, semua itu aku tau. aku pernah beberapa kali bermalam di rumahnya... kami sangat akrab, sehingga ke peringkat universiti. kira-kira seminggu sebelum kematiannya, arwah sempat menefonku. kami berbual panjang. sungguh banyak benda yang arwah ceritakan. durasi panggilan kira-kira 1 jam lebih. pada akhir perbualan, arwah sempat menyuruhku untuk berjanji menelefonnya selepas itu. namun, janji tinggal janji... pada 2 ramadhan (25 ogos 2009), arwah menghembuskan nafas terakhir di UIA. aku sangat terkejut dengan pemergian sahabatku itu....

di kampung, aku juga mempunyai sahabat baik. namanya mohd ridhwan. aku sangat rapat dengannya sejak dari kecil lagi. sekiranya aku pulang dari asrama, aku akan berjumpa dengannya. di mana ada aku, di situ ada dia. tapi, sebulan yang lepas (mac 2011) ibu saudaraku memberitaku tentang kematiannya yang mengejut. arwah menghidap kanser darah. aku sangat-sangat terkejut dengan berita tersebut... aku tidak menyangka pemergian arwah yang lansung tidak memberitahuku tentang penyakit yang dihidapinya. aku sangat terkilan... mungkin ada hikmah disebaliknya..

kematian. perkara tersebut adalah lumrah kepada kehidupan. semua akan mati. yang tua akan mati. yang muda akan mati. yang miskin akan mati. yang kaya akan mati juga akan mati. semuanya telah ditetapkan oleh pencipta alam, Allah SWT.. saat kematian yang telah ditentukanNya tepat berlaku pada masanya. tidak akan lewat atau awal walaupun 1 mikrosaat. 
Firman Allah bermaksud: “Dan Allah sekali-kali tidak akan menangguhkan (kematian) seseorang apabila datang waktu kematiannya. Dan Allah Maha Mengenal apa yang kamu kerjakan.” 
(Surah Al Munafiqun: Ayat 11)





Kau Sahabat Kau Teman

Artist: Hijjaz

Telah tiba saat waktu kau tinggalkan kami
Kerana takdir yang Maha Esa telah menetapkan
Sedih rasanya hati ini bila mengenangkan
Kau sahabatku kau teman sejati

Tulus ikhlasmu luhur budimu bagai tiada pengganti
Senyum tawamu juga katamu menghiburkan kami
Memori indah kita bersama terus bersemadi
Kau sahabatku kau teman sejati

Sudah ditakdirkan kau pergi dulu
Di saat kau masih diperlukan
Tuhan lebih menyayangi dirimu
Ku pasrah diatas kehendak yang Esa

Ya Allah,tempatkannya di tempat yang mulia
Tempat yang kau janjikan nikmat untuk hamba Mu
Sahabatku akan ku teruskan perjuangan ini
Walau ku tahu kau tiada di sisi

Perjuangan kita masih jauh beribu batu
Selagi roh masih di jasad hidup diteruskan
Sedih rasa hati ini mengenangkan dikau
Bagai semalam kau bersama kami

Moga amanlah dan bahagia dikau di sana
Setangkai doa juga Fatehah terus kukirimkan
Moga di sana kau bersama para solehin
Ku sahabatku kau teman sejati


semoga arwah dicucuri rahmatNya...insyaAllah..
bersama kita sedekahkan al-fatihah kepada arwah hafifi, arwah ridhwan serta arwah ayahku, ismail bin malik..
(p/s; ku siapkan post ini walaupun sepatutnya study untuk test lusa. :))

1 comment:

fyda a.k.a akmal said...

"Kepunyaan Allah-lah segala apa yang ada di langit dan apa yang ada di bumi..." (Surah Al-Baqarah: 284),skrg masa kita untuk mencari jalan pulangg.(: