mereka..

tinggalkan alamat anda.

Thursday 11 August 2011

::ramadhan terakhir..

Salam..
berdasarkan tajuk di atas,
sesetengah orang mungkin berpendapat bahawa aku mungkin dah nak mati..
hahaha..
tapi ini sebenarnya tajuk di atas adalah untuk menimbulkan
lebih kehambaan kepadaNya;
dalam erti kata lain
menambahkan rasa syukur kerana masih berpeluang untuk mengerjakan amal di bulan ramadhan ini..
menambahkan rasa ingin beribadah kepadaNya..


terdapat beberapa kejadian normal telah berlaku
di sepanjang permulaan
Ramadhan ini.



pertama:
ulang tahun kelahiranku jatuh pada hari
jumaat minggu pertama
di bulan ramadhan..



kedua:
untuk kali pertama berpuasa dan sembahyang terawih 
di rumah setelah sekian lama berkelana di tempat orang..

.sblm berangkat ke surau utk smbhyg terawih.

ketiga:
seperti yang telah dimaklumkan, aku bekerja 
di kedai sepupuku untuk 
tempoh sebulan di bulan ramadhan ini
untuk perbelanjaan diri sendiri dan menyara anak bini.

.model cap ayam. :D

namun,
terdapat beberapa liku-liku kepayahan dalam mencari rezeki yang halal. :)
ini adalah kerana 
aku bermain dengan kaca dan aluminium 
yang sangat tajam dan merbahaya sepanjang masa.

di bawah ini aku kepilkan beberapa bukti yang telah 
dapat aku kumpulkan sepanjang seminggu lebih bekerja (baru seminggu kot);





:)



keempat:
telefon bimbitku telah mencapai had limit umurnya (expired) setelah berkhidmat 
kepadaku selama 2 tahun lebih. :(
setelah didiagnosis oleh doktor adham,
punca yang dikenalpasti adalah akibat daripada gegaran otak yang berlarutan 
kerana terlalu kerap jatuh ke lantai. tindakan susulan yang tegas akan diambil ke atas pemiliknya yang cuai itu. ;)
(tindakan susulan>>>membeli telefon bimbit yang baru)
:) :)

mangsa kejadian.



semoga para pembaca mengambil iktibar dan input yang baik-baik belaka.
insyaAllah..


.pemandangan di kampungku.masyaAllah..
wassalam.

3 comments:

May Maisarah said...

1. Selamat meningkat usia.

2. Tahniah sebab dapat puasa sebulan kat umoh.

3. Silalah bekerja dengan lebih tekun demi kebahagiaan isteri dan anak2.

4. Silalah memborong handphone baru.

Sekian terima kasih. =))

adham ismail said...

hah??ape?mende??gape??hahaha..
kakmay..tenkiu2.. :P

sayang salmah said...

auw!!.bnyknye luka!!.wat kije smbil tngok awek lalu n lalang sbb tuh luka luki..fokus2..hehehe..btw nk tngok hp baru!!!