mereka..

tinggalkan alamat anda.

Friday, 30 March 2012

:: makan dan makan..



Salam.








:]
tersenyum seolah-olah meminta simpati
supaya tidak dimakan oleh kami a.k.a makhluk tuhan kelaparan.


itulah
hakikat yang terpaksa dilalui oleh makanan-makanan yang enak
di rumah makcik yati pada minggu lepas.
makcik yati dan sekeluarga mengadakan majlis kesyukuran
sempena anak bongsu mereka, nani yang mendapat
keputusan cemerlang dalam SPM.
alhamdulillah.

kami
tanpa berdolak-dalik terus menerima jemputan itu dengan
hati yang terbuka!
al-maklumlah sebagai pelajar yang sentiasa tidak mendapat 
zat makanan yang mencukupi semasa berada di utm tercinta.






antara aksi kelaparan yang berjaya dirakam:


penulis (diet), pidot (kekenyangan) dan azri (khusyuk makan)

kuih-muih yang sungguh enak!



sesungguhnya kami
adalah penghabis makanan yang terbaik!
tetamu yang sangat pemalu.
tersipu-sipu malu.


dan
sekarang aku mengalami masalah berat badan yang
serius.
seluar semakin mengetat.
mula dipanggil bulat (lansung tidak logik)
dan akan mula mengamalkan diet yang sihat dalam masa yang terdekat.
insyaAllah.






wassalam.







p/s: dilema untuk ke kelas heat transfer atau tidak.say no to ponteng!



Thursday, 29 March 2012

:: bakar dan sembur..




Salam.





proses pertama: bakar



but i set fire to the rain 
watched it pour as i touched your face
let it while i cry
'cause i heard it screaming out your name, your name

adele / set fire to the rain



pembakaran berlaku secara terbuka
dan
boleh mendatangkan musibah kepada orang ramai.
pesalahnya?

pesalah penulis



apakah yang dibakar?
sejenis besi yang terdapat pada motor.
likely called sagam by terenganunese.
:]


sangam





rewind:
motorku kemalangan pada awal semester lepas
dan terpaksa bertukar wajah.
dan sekarang baru siap sepenuhnya.
yeayeah..!






proses kedua: semburan



proses yang rumit.
dilakukan oleh 
penyembur cat bertauliah (false)
dilengkapi alatan keselamatan (false)
dan mematuhi standard operation procedure (false)
serta mendapat kelulusan daripada safety officer yang competent(false)
berpelikat? (true)



dan
hasilnya amatlah menakjubkan dan mendapat 
pujian daripada pihak pemerhati!


bukti:



dan
telah siap dipasang pada motor.
nantikan kemunculan model baru kapcai motorsikal yamaha terbaru!
anda pasti mengidaminya.
:]





wassalam.




p/s: minggu ujian dan ujian.

Wednesday, 28 March 2012

:: temuduga..





Salam.



sejurus
selepas kami menghadiri seminar
kami dipaksa dikehendaki untuk menjalani 
temuduga olok-olok atau lebih dikenali sebagai
mock interview.

lebih menarik
kumpulan kami ditemuduga pada jam 1100 malam
oleh syarikat pembuat semi-konduktor elektrik:
freescale sdn bhd.



kami;





dan kami;

ghazi dan penulis


khairul dan penulis


daus dan penulis


daus dan ghazi




ada gaya jurutera muda tak?
:]



wassalam





p/s: sepatutnya entry ini dikeluarkan 2 minggu lepas.

Wednesday, 21 March 2012

:: seminar..



Salam.




hujung minggu minggu lepasku
amat menarik.
diisi oleh
seminar how to get yourself employed.
not bad.
:]

kami diajar bagaimana untuk survive selepas 
kami graduasi.
terdapat tiga sesi yang sangat mengantuk bermakna.
dan mendapat sedikit bekalan ilmu
untuk digunakan sama ada untuk
temuduga ataupun semasa
bekerja nanti.
insya-Allah.






dan semasa sesi terakhir
kami dipaksa diajar bagaimana untuk memerah otak dengan
peratusan yang tinggi.
wah!


ini salah satu buktinya;

mengeluarkan syiling dari bekas hanya menggunakan dua batang mancis sahaja.

dan
banyak lagi kerja-kerja menyeksa memerah otak
dilakukan oleh kami dengan menggunakan
batang mancis!
:]


good luck to all of you!
amin.

penulis dan azri.













dan ini adalah jawapan
kepada soalan misteri pada post sebelum ini;

:]


wassalam.






p/s: 1. akhirnya batang mancis berguna juga.
       2. muflis pada awal semester gara-gara kasut futsal.

Friday, 16 March 2012

:: kenduri kahwin..




Salam..



ehem.
bukanlah aku yang berkahwin
tetapi abang kepada kawanku, mat a.k.a matto san.
haha.

sepatutnya post ini bertarikh 2 minggu lepas
tetapi sikap malas menyebabkan ia tidak dapat disiarkan kepada
umum.
haha.



kami; ghazi, kerol, zul dan penulis
berkereta ke rumah mat sambil berposing.
driver juga turut berposing walaupun memandu laju (40km/jam).
haha.





rumah mat berada begitu hampir dengan utm
iaitu di kampung jaya sepakat.
untungla..
hehe.


setibanya di tempat kenduri
kami menggunakan semua ruang di dalam perut untuk 
dipenuhi dengan makanan yang sungguh enak!
pandai juga orang johor memasak.
nak kahwin dengan orang johor lah!
:]



mat a.k.a tuan rumah a.k.a mangsa keadaan :



kalah pengantin.
haha.
jika sesiapa berminat untuk masuk meminang mat
bolehlah menghubungi saya.
haha.


di sana kami
terserempak dengan ramai teman sekelas 
yang sedang kebuluran.
:]
wan palap, kb, mafia, dauz, paan, azrishah, azri, nik, bobo, zaki, fathi dan lain-lain.
maaf sekiranya ada yang tidak disebut.






dan aku sempat bergambar dengan mat
dan nik a.k.a justin bieber.
haha.

mat dan penulis



terima kasih mat!
kami sungguh kenyang pada hari 
tersebut.
:]



dan
semalam aku ada membeli sesuatu yang menarik:



jika tuan hamba bijak bestari,
cubalah teka apakah ia.

wassalam.