Salam.
semalam
bersama-sama gazi, zul, naim, kb dan kerol
ke ceramah ustaz azhar idrus
di masjid bandar baru uda.
sangat menarik
ceramah yang disampaikan dan memberi banyak input kepada
yang hadir.
alhamdulillah.
"salam, dengar cerita makcik ada anak gadis yang cantik, dan saya ingin meminang anak makcik"
"anak makcik dah berpunya.. tapi makcik janda",
serpihan daripada ceramah ustaz azhar.
haha.
:D
aku sangat seronok mendengar ceramah ustaz
kerana diselitkan dengan cerita-cerita yang
kelakar.
lansung tidak mengantuk.
dan
di sini aku bukannya ingin menceritakan lebih lanjut tentang
ceramah ustaz azhar idrus
tetapi tentang aku.
senyum.
(gambar kedua di hospital)
sambungan kepada entry sebelum ini:
pada hari khamis lepas,
aku ke hospital sultanah aminah kerana ada appointment
dengan doktor pakar.
aku sebenarnya telah mengikuti beberapa sesi pemeriksaan dengan
doktor pakar sebelum ini sejak daripada awal tahun lagi.
dan aku dipanggil pada khamis lepas untuk diberitahu
keputusan pemeriksaan
dan disuruh untuk membawa waris.
sebab itulah kakpini datang bersamaku.
apa yang hendak diceritakan olehku
sebelum ini adalah rahsia.
mungkin kerana aku tidak suka menceritakan tentang masalahku kepada
orang lain.
"adakah awak bersetuju untuk menjalani pembedahan ini?"
"awak mahu membuat pembedahan di sini atau di ijn?"
"apa lagi yang awak mahu bertanya tentang pembedahan ini?"
tanya doktor pakar kepadaku.
aku hanya tersenyum.
:]
dalam hati berdebar-debar.
haha
doktor memarahiku kerana tidak menjalani pembedahan pada peringkat awal.
ini kerana jantungku telah membengkak dan injap jantungku mungkin
sudah mengalami kerosakan.
untuk pengetahuan, aku menghidap penyakit atrial septal defect.
dan masalah ini akan menimbulkan sedikit risiko semasa pembedahan
di samping risiko-risiko di bawah:
- mengalami kesan sampingan pada buah pinggang
- terkena jangkitan kuman
- mengalami pendarahan
- kematian
erkk.
nauzubillah.
berdebar-debar semasa mendengar penjelasan doktor pakar kardiologi tersebut.
senyum.
:]
mungkin ramai kawanku yang pelik dan hairan
kenapa aku jarang bermain bola sepak padang dan hanya selalu bermain futsal.
apabila bermain bola sepak padang
aku hanya boleh berlari tanpa henti selama 5 minit atau kurang.
selepas itu aku akan tercungap-cungap dan mengalami sakit pada bahagian
dada.
terasa jantungku dicucuk jarum.
dan aku akan menjalani
pembedahan pada 16hb januari 2012.
aku akan selesai peperiksaan akhir semester 7 pada 9hb januari.
dan aku mungkin tidak balik ke kampung selepas selesai
menjawab peperiksaan tersebut.
senyum.
:]
doakan keselamatan dan kesejahteraanku.
semoga dipermudahkan segala urusan.
semoga dipermudahkan segala urusan.
amin.
wassalam.





