mereka..

tinggalkan alamat anda.

Thursday, 10 November 2011

:: lebah oh lebah..

Salam.


petang tadi
semasa aku bersiar-siar mencari makanan di dapur
kakiku terpijak sesuatu yang tajam.
dan kakiku sangat sangat sangat sakit.
rupa-rupanya si lebah yang tidak bersalah telah dipijak oleh aku.
ia mengalami pendarahan yang teruk dan sekarang berada di unit rawatan rapi.
hehe.
kesian encik lebah.
dan
kesian kat aku.


saket wooo.


hanya tuhan sahaja yang tahu.
tapi
berlagak hero.
buat-buat rasa tak sakit.
haha.

anda ingin melihat si mati a.k.a. sang lebah itu?


kesian beliau. mesti keluarganya akan merinduinya.
:)



dan kaki busuk mula membengkak.
dan
kemerahan.


aku menyapu sedikit ubat nyamuk gigi
di kawasan sengatan.
dan ia mulai surut.
memang aku berbakat besar untuk menjadi doktor!
kan?
haha.


sekarang sedang asyik menonton drama korea sambil menahan kesakitan.
memang jambu.
:)
bukannya apa, kaki sakit tak dapat bermain futsal (alasan konon..).
aku tengok drama "attic cat".


sudahkah anda menontonnya?
(soalan ditujukan hanya kepada pihak perempuan sahaja)
cerita ini
sangat sangat kelakar.
dan seringkali terdapat bunyi background music "meow".
kelakar.
haha.
dan aku bukanlah die-hard-fan drama korea.
sekadar mengisi masa lapang di hari cuti.
almaklumlah
tiada kenderaan untuk pergi berjalan-jalan dan menjadi suri rumah separuh masa
di rumah.
haha.

sekian.
wassalam.


p/s: sakit itu rahmat.. :)

::nyanyuk lagi..?

Salam.


entry ini adalah sambungan kepada entry sebelum ini.
tetapi kenapa?
nyanyuk.
haha.


aku ingin berceritera tentang
"kenapa aku selalu online?"
dan
jawapannya
adalah disebabkan ini;


ha.
inilah yang dipanggil teknologi 4 generasi.
??
haha.
maksudnya ia dipanggil GO 4G Donggle.
sangat sangat sangat laju apabila
anda mengklik dan memuat turun sesuatu di internet.
dan
ia juga sangat sangat sangat laju untuk memakan kredit anda.
haha.

macam promoter tak?
:)

dongle ini aku pinjam dari rakanku, zul atau nama glamournya KB.
terima kasih encik kb.

dan petang tadi aku terlupa (nyanyuk lagi)
untuk ke rumah apik kerana terlalu leka menonton perlawanan bola sepak
Malaysia melawan Thailand.
dan Malaysia 
menang 2-1.
yahoo..!
sakit tekak kerana bersorak dan memarahi pemain-pemain yang melakukan kesilapan.
(macam jurulatih malaysia la plak)
:)

itu saja.
wassalam.

:: nyanyuk...?

Salam.

penatnya
bermain futsal
selama 2 jam berturut-turut.
balas dendam sebab semalam tidak dapat bermain.
haha.
kaki mengalami simptom-simptom kekejangan.


tapi
di sini aku bukannya hendak bercerita
tentang kejang. tetapi nyanyuk.
NYANYUK!
bukan nyamuk la..


siapa yang nyanyuk neh?
aku.
ye!aku..
umurku masih remaja muda.
12 tahun. eh 22 tahun la. masih bergetah bertenaga agi.
tiap-tiap hari main futsal non-stop.
haha.


sejak akhir-akhir ini, aku sering
terlupa @ nyanyuk @ dementia.
mungkin disebabkan oleh pembedahan otak ke atasku.
side-effect kot.


nak tahu apa contoh-contohnya?
jap.
nak ingat balik.
eh, tak ingat la. aduhai.
ha. itulah contohnya.
haha.


contoh:
1. sejak sebulan lepas, aku sering terlupa sesuatu kalau ke kuliah.
contohnya lupa nak bawak nota dan buku.
tiap-tiap hari benda ini terjadi.

2. sering tertinggal sesuatu.
contohnya tertinggal handset di atas meja di kafe.
haha.
mujurlah kawanku selalu ternampak.
kadang-kadang tertinggal kunci bilik di court futsal.
terpaksa turun pergi amek balik kunci.
jauh tuu.

3. kalau ke kedai mesti lupa nak beli barang yang telah di rancang.
fuh.
memang pening nak ingat balik.


sebenarnya
banyak lagi kejadian yang boleh dikaitkan dengan penyakit baru 
aku ini.
tetapi terlupa untuk aku ceritakan.
haha.


terkadang
aku sangat stress memikirkannya.



namun
aku bersabar dan terus bersabar.
:)

adakah anda tahu jalan penyelesaian kepada 
masalah ini?

tadi aku sempat menggoogle.
dan aku menemui satu artikel yang sangat menarik hati, jiwa, dan kalbu.
artikel itu bertajuk:
;)

kesimpulannya,
nak kawen cepat-cepat.
doakan aku.
amin.
wassalam.


p/s: kahwin?jom?  :)