mereka..

tinggalkan alamat anda.

Tuesday, 26 July 2011

::sakit itu rahmat..

Pada akhir semester lepas(2010/2011 sem 1), aku jatuh sakit. mase tu study week. seminggu aku tidak dapat tido dengan lena akibat sakit kepala.selera makanku hilang, demam-demam dan muntah. setiap kali kakakku membawaku ke hospital, doktor akan memberitahu aku menghidap penyakit sakit kepala(migrain).
sakit kepalaku semakin hari semakin menjadi-jadi. kali ketiga aku ke hospital, aku dimasukkan ke dalam wad(green status). kepalaku di scan dan terdapat darah beku pada otak kiriku. doktor pakar memberitahu aku trpaksa menjalani pembedahan (craniotomy) secepat yangg mungkin untuk mengelak daripada sebarang komplikasi. aku dibedah pada jam 1 pm keesokan harinya. entah kenapa aku lansung tidak gementar sebelum pembedahan.mungkin kerana ma(ibuku) kerap menelefonku & rakan-rakanku datang melawat sambil memberi kata-kata semangat kepadaku...

.sebelum pembedahan.

.sahabat datang memberi semangat. :)


.gud luck bro!

pembedahan selesai lebih kurang jam 8-9 pm. aku tersedar (2-3saat) semasa pembedahan kerana tekakku sangat terasa sangat sakit. ini kerana salur pernafasan yangg dipasang sangat besar. sakit itu berlarutan lebih kurang 3 minggu selepas pembedahan..

.selepas pembedahan.di wad ICU.

sepanjang berada di dalam wad mengajarku erti sabar. kerana sakit yang ditanggung itu bukannya sedikit. ramai kawan-kawan datang melawatku dan memberi semangat untuk cepat sembuh. aku sangat terharu. walaupun sakit, solat 5 waktu aku tunaikan dalam keadaan duduk. aku terkilan kerana pesakit yang lain kebanyakannya mengabaikan solat mereka walaupun sedikit sihat. hmm..mgkin mereka jahil tentang solat semasa jatuh sakit. semoga Allah mengampuni dosa-dosa mereka, amin..

sakit mengajarku erti tabah & belajar menginsafi diri. semoga sakit yang datang itu menghapuskan dosa-dosaku yang lalu..insyaAllah..Rasullulah pernah bersabda : “Beritakanlah khabar gembira, sesungguhnya Allah pernah berfirman yang bermaksud: “Penyakit itu adalah api-Ku yang Aku timpakan kepada hamba-Ku yang mukmin di dunia ini agar dia dapat selamat daripada api neraka pada hari akhirat nanti.” Hadis riwayat Imam Ahmad di dalam Musnadnya.

Menerusi firman-Nya yang lain ALLAH SWT menyatakan musibah yang ditimpakan kepada hamba-Nya dapat berfungsi untuk menimbulkan keinsafan dalam jiwa setiap insan dan ini dapat membantunya untuk memperbaiki kelemahan yang ada pada dirinya seperti firman Allah yang bermaksud: “Dan Kami berikan ujian kepada mereka dengan (nikmat) yang baik-baik dan (bencana) yang buruk-buruk, agar mereka kembali (kepada kebenaran).” Al-A’raf : 168

Ibnu Jarir ketika menafsirkan ayat di atas berkata: “Kami akan menguji mereka berupa kelapangan dalam hidup, kemewahan di dunia, keluasan dan kelapangan rezeki. Semua itu adalah kenikmatan yang baik seperti disebutkan dalam firman Allah di atas, sedangkan maksud hal yang buruk adalah kesempitan dan kesengsaraan dalam hidup, musibah dan kekurangan harta. Yang dimaksudkan dengan firman Allah agar mereka kembali (kepada kebenaran) adalah supaya mereka kembali kepada ketaatan kepada Rabb mereka, bertaubat kepada-Nya dan bertaubat daripada segala perilaku kemaksiatan yang dilakukan terhadap-Nya.”


masyaAllah..semoga Allah mengampuni dosa-dosa kita yg lalu & memudahkan urusan kita di dunia & akhirat.insyaAllah..semoga kisah ini juga sedikit sebanyak mengajar kita untuk lebih menghargai nikmat sihat...


Monday, 11 July 2011

::lakaran hati..

alt

Senja ini mentari menyinar malu,
Ku lihat langit,
Terhampar luas kebiruan,
Ku renung lagi,
sehingga terlakar wajahmu di dada awan...
saat ini,
Ku terkenang kisah suka dan duka kita,
Sepanjang mengikat tali persaudaraan,
Terlalu banyak cubaan yang datang,
Betapa Allah mengatur setiap takdiran,
Dengan cukup teratur dan teliti,
Tiada perkara yang sia-sia menimpa diri,
Kecuali semuanya punya hikmah dari Ilahi...
Duhai angin,
Sampaikan padanya,
agar sabar dan tabah menghadapi hidup,
Kerana erti sebenar hidup ini,
Dalam erti 'memberi' bukan menerima...
Pelangi,
Ingin ku ukir warna indah itu dalam hidupmu,
Agar sentiasa mewarnai jejak langkahmu,
Namun ku sedari,
Hujan jua adakalanya akan turun,
Dan menghilangkan seri pelangi itu...
Oleh itu ku ingin jadi seperti bulan,
Bila muncul menyinarkan,
Bila sembunyi tidak menghilang,
Ia ada di balik awan,
Cuma kadang-kadang tidak perasan,
akan erti sebenar sebuah kehidupan...
Doaku cuma satu,
moga kita kan terus kuat,
menghadapi gelombang ujian,
kerana itulah sebenarya ukuran iman,
untuk kembali kepadaNya dengan jiwa yang tenang...

Monday, 27 June 2011

::setelah lama menyepi.

salam..
lama betul aku tidak menulis blog neh.dah nak berkarat dah aku tengok.
mungkin sebab sedikit sibuk dengan latihan industri dan aktiviti futsalku di masa lapang. B)
baru sebentar tadi aku membuka laman web aimsweb(utm punya web), terkejut eden sebab melihat gambar profileku telah diganti baru.hahaha..macam x macam aku pon.pelik..
jom kita kongsi bersama..  :D


ni gambar setelah aku menjalani pembedahan. rambut pon belum tumbuh lagi.
sekali tengok macam kembar aku... dua kali tengok macam datuk aku. hehe.. utm pon satu, tak photoshop lansung gambar aku. :D
apepon, bersyukur dengan apa yang ada..:)